Selain masakan berkuah, sotong goreng tepung rangup juga merupakan menu pilihan orang ramai apabila memesan makanan di restoran. Kerangupannya terserlah apabila digigit ia mengeluarkan bunyi “kriuk kriuk” di mulut.
Paling puas hati, bila hidupan laut ini diselaputi penuh dengan campuran pelbagai tepung untuk menghasilkan rasa yang enak dan berempah! Hal ini kerana, menikmati sotong goreng tepung rangup yang ‘togel’ kulit luarnya memang kurang sedap. Justeru itu, jom lihat tips sotong goreng tepung yang tidak lari bancuhannya seperti perkongsian Nurul Faidha.
Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Bebas ‘Gluten’, Sama Sedap Persis Yang Warna Hijau Itu!
SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP
Sotong goreng tepung is done. Resipi sotong goreng tepung cara akak, Insha Allah tak meletop dan rangup sahaja.
Bahan-bahan asas:
- Tepung ubi
- Tepung jagung
- Sedikit tepung gandum
- Sedikit tepung beras
Tapi tadi saya ada tambah tepung goreng serba guna bon chef yang goreng ayam macam KFC itu. Bila guna tepung ini, tak payah letak garam dah.
Kalau tak ada tepung bon chef, tepung bestari pun boleh. Kalau tak ada juga, tak perlu letak.
Baca juga: Cara Matikan Bubuk Beras Dengan Simpan Dalam Botol, Wanita Ini ‘Prepping’ Dari 2021 Masih Elok Lagi!
Cara-cara penyediaan:
- Satukan kesemua tepung asas di atas termasuk tepung goreng ayam bon chef dan sukatan agak-agak sahaja.
- Sotong dipotong kecil, basuh bersih dan tapis airnya.
- Kemudian, pecah telur 2 biji dan kacau seperti buat telur dadar.
- Tambahkan 2 atau 3 sudu tepung tadi dalam bancuhan telur.
- Masukkan pula sotong ke dalam bancuhan tersebut.
- Kacau semua bahan hingga sebati.
- Golek-golekkan sotong macam biasa pada tepung tersebut.
- Sediakan minyak panas yang betul-betul panas untuk membuat gorengan ‘deep fry’.
Ingat, garam tak perlu letak sebab dah ada tepung bon chef yang cukup rasanya.
Baca juga: Individu Dedah 44 Jenis Ulam Yang Sesuai Buat NASI ULAM KEDAH, Wow Banyaknya Patutlah Sedap!
Tips:
- Contoh kalau tepung ubi satu cawan, tepung jagung pun sama sukatannya dan tambah 4 atau 5 sudu tepung gandum dan beras.
- Tambah juga tepung bon chef atau tepung bestari dan agak-agak sahaja.
- Letak serbuk lada hitam 2 sudu.
- Letak sedikit tepung-tepung tadi dalam bancuhan telur dan bagi pekat sedikit bancuhan telur agar salutan sotong elok melekat.
- Suhu apai adalah sederhana dan kerap kacau agar serdak tepung tidak hangit.
- Jangan guna minyak tak elok
- Minyak kena betul-betul panas.
Doakan semoga saya dimurahkan rezeki dan dikurniakn zuriat yang soleh solehah. Aamin!
Baca juga: Idea ‘Hipster’ Buat Onde-Onde Versi Coklat, Bila Ngap Terus Cair Di Mulut!
Sumber: Nurul Faidha
FT Image: Nurul Faidha / Iella Mohamad