Dapur

Resipi Kek Marble Neopolitan Manis-Manis Buah, Nak Buat Gebu Adunan Kena Ringan Baru Jadi!

2
SHARES
 cara buat Kek Marble

Dalam banyak-banyak jenis kek, kek marble antara yang menjadi pilihan orang ramai kerana ia sangat mudah untuk dihasilkan. Nak bakar boleh dan nak lagi cepat guna kaedah kukus pun tiada masalah. Jadi, kali ini penulis ingin berkongsikan cara buat Kek Marble Neopolitan.

Bila baca, canggih betulkan namanya? Rasanya pula sudah tentu enak belaka! Jom lihat resipi di bawah bersama tip menggebukan kek marble.

Baca juga: Step By Step Resepi Mi Kari Sedap, Kuah Berlemak Elok, Barulah Puas Hirup Kuah!

CARA BUAT KEK MARBLE NEOPOLITAN

 cara buat Kek Marble

Gambar: resepi_ikazul

Bahan A:

  • 250 gram majerin/mentega
  • 190 gram gula kastor

Bahan B:

  • 5 biji telur gred B

Bahan C

  • 230 gram tepung gandum/tepung kek
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D

Pewarna

  • 2 sudu makan serbuk koko + ½ sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pewarna pink + ½ sudu teh perasa strawberry

Baca juga: Cara Buat ROTI KERING BERGULA Yang Rangup, Cicah Air Panas Pehhh Terbaik!

Baca juga: Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!

Langkah-langkah membuat Kek Marble Neopolitan

  1. Putar bahan A pada kelajuan perlahan selama 2 minit.
  2. Kemudian, kaup balik adunan.
  3. Putar lagi dengan kelajuan sederhana selama 15 minit dan putar sehingga adunan ringan dan gebu (Tanda adunan sudah gebu adunan tidak terjatuh bila diterbalikkan).
  4. Masukkan bahan B satu persatu sambil memutar adunan.
  5. Masukkan bahan C yang telah diayak sesudu demi sesudu.
  6. Masukkan bahan D dan putar lagi selama 3-5 minit.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  8. Masukkan serbuk koko dan pewarna tapi lagi 1 bahagian biarkan warna asli.
  9. Gris loyang dengan majerin dan kemudian lapik dengan kertas pembakar.
  10. Masukkan adunan secara selang seli.
  11. Hentak loyang 3x untuk keluarkan angin di dalam kek dan  kemudian lorekkan permukaan kek.
  12. Set pada suhu 150°C selama 60 minit atau sehingga masak untuk membakar kek.

Info lain:

  • Loyang 8″
  • Kek ini manis-manis buah, jika suka manis boleh tambah gula sehingga 200-210 gram
  • Kek ini boleh dibakar atau dikukus
  1. Kaedah bakar – Bakar pada suhu 150°C,api atas bawah, padam kipas, rak tengah dan dibakar selama 50-60 minit bergantung pada oven masing-masing.
  2. Kaedah kukus – Gunakan api sederhana dan pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih, sebelum masukkan adunan. Balut penutup pengukus dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke permukaan kek. Jika tidak tutup permukaan kek akan menjadi tidak cantik.

Baca juga: Tauhu Tulip Lembut Di Luar Tapi Garing Dalamnya, ‘Jajan’ Enak Bikin Jatuh Cinta!

Sumber: resepi_ikazul

FT Image: Leesa Alif / resepi_ikazul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×