Dapur

Resipi Kek Minyak Kukus Pandan Vanilla, Pejam Mata 20 Minit Je Dah Siap!

3
SHARES
resepi kek minyak kukus

Memang terasa nikmatnya apabila dihidangkan dengan kek minyak kukus berserta air panas, sewaktu duduk santai di rumah. Nak pula, kalau resepi kek minyak kukus pandan vanilla ini dijamu bersama seisi sekeluarga.

Justeru itu, jom ikuti resepi kek minyak kukus perisa pandan vanilla dari Nora Alhakim Nora di bawah.

Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!

RESEPI KEK MINYAK KUKUS PANDAN VANILLA

resepi kek minyak kukus

Gambar: Nora Alhakim Nora

Adunan ini untuk saiz 8. Cik Nora buat acuan saiz 6 dapat 2 biji. Jual sebiji RM10, harga mampu makan untuk semua orang.

Baca juga: Resepi Kek Sarang Semut Versi Kukus Tanpa Perap Adunan, Menjadi Elok Bersarang!

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist, Boleh Pilih Nak Bakar Atau Kukus, Mudah & Sedap Sangat!

Bahan-bahan A:

  • 4 biji telur B
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sb ovalate

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 st baking powder
  • 1/2 st soda bikarbonat

Bahan C:

  • 1/2 cawan minyak masak

Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Jernih & Tak Keruh, Ada Orang Suka Kuah ‘Clean’ Begini!

Cara-caranya:

resepi kek minyak kukus

Gambar: Nora Alhakim Nora

  1. Adunkan bahan-bahan A di dalam mesin pengadun (mixer) sehingga betul-betul kembang.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan B dan adun ia sehingga sebati.
  3. Masukkan pula bahan C dan teruskan dengan proses mengadun sehingga ia sebati.
  4. Setelah itu, bahagikan kepada dua bahagian: satu bekas masukkn esen vanilla dan kacau sebati – satu bekas lagi masukkan pandan emelco dan kacau sebati.
  5. Masukkan di dalam bekas acuan, selang-selikan untuk kelihatan cantik.
  6. Kukus kek dalam 20 minit.

Baca juga: Makanan Laut Bergoreng Lebih Rangup Bila Guna 4 Tepung Ini, Krup Krap Bila Makan!

Sumber: Nora Alhakim Nora

FT Image: Nora Alhakim Nora

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×