Dapur

Resepi Sos Steamboat Pedas Manis, Memang Terangkat & Padu!

16
SHARES

Siapa suka makan steamboat? Memang puas dapat hirup kuah panas-panas dan dicicah pula dengan sos pedas manis. Tapi tidak semua kedai di luar menyediakan sos yang lazat dan kena dengan citarasa sendiri.

Jadi, apa kata anda buat sendiri sahaja di rumah sos steamboat seperti perkongsian Aisyah Humaira di laman Facebook. Pekat, manis dan pedas! Sekali makan pasti teringat-ingat.

Baca juga: Resepi Buko Pandan Pekat Melikat, Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Filipina!

RESEPI SOS STEAMBOAT PEDAS MANIS, MEMANG TERANGKAT & PADU!

Sos steamboat ni saya buat cicah kerang, udang dan sotong bakar pun sedap. Boleh dikatakan pencicah serbaguna juga lah. Saya buat banyak tapi tak simpan dalam peti. Cuma tinggalkan dalam periuk sehari panaskan 2-3 kali untuk tahan 2 hingga 3 hari. 

Bahan kisar: 

– 10 biji lada merah besar dibuang biji

– 10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan

– 4 ulas bawang putih

1 genggam batang ketumbar bersama akarnya

*Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air

Bahan sos: 

– setengah botol sos cili

– 2 sudu besar minyak bijan

– 5 sudu besar sos ikan

– 5 sudu besar cuka

– 2 sudu besar sos tiram

– 1 sudu besar sunquick

– 2 kiub pati ayam know

– 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan setengah gelas air

– 2 gelas air

– Garam dan gula secukup rasa

– 2 sudu besar bijan putih

– 1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus

– 6 biji bawang putih dicincang halus

Cara-cara penyediaan sos:  

1. Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.

2. Kacau rata setelah mendidih masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.

3. Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20minit atau hingga kuah agak pekat rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu.

4. Tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.

*Jika sos cair tambah air bancuhan tepung jagung jika terlalu pekat tambah sedikit air.

Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Facebook Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×