Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia yang diperbuat daripada beras pulut. Ia mempunyai rasa manis dan berair, maka memang enak dinikmati sejuk-sejuk! Disebabkan ia juadah tradisi, sebaiknya anda tahu cara membuatnya sendiri dengan mengikuti resepi tapai pulut manis oleh Lind Razak di bawah.
Baca juga: Resepi Aiskrim Malaysia Homemade, Hanya 1 Bancuhan Boleh Hasilkan Pelbagai Perisa!
RESEPI TAPAI PULUT MANIS
Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.
Bahan-bahan:
- 1kg beras pulut
- 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
- Bekas dadih/daun getah/daun pisang (saya guna bekas dadih)
Baca juga: Limau Mandarin Berlebihan? Mari Buat Resepi Kerabu Ini, Masam-Masam Manis Ala Somtam!
Cara memasak:
- Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2jam.
- Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
- Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
- Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit atau sehingga naik wap.
- Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan (ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk).
- Biarkan pulut betul-betul sejuk.
- Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi (agak-agak ragi rata pada pulut).
- Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih atau daun getah.
- Susunkan ke dalam bekas sesuai (saya letak dalam tong toyogo).
- Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai itu ya.
- Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ini sedap makan sejuk-sejuk.
InsyaAllah, menjadi. Tapai manis dan berair.
Baca juga: Resepi Lasagna Guna Roti Keping, Menu Western Paling Ringkas Tapi Sangat Sedap!
Sumber: Lind Razak via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM
FT Image: Lind Razak