Semenjak tibanya bulan Ramadan yang mewajibkan seluruh umat Islam berpuasa pada waktu siang, ramai dalam kalangan kita yang tercari-cari makanan atau air apakah yang dapat membekalkan tenaga seharian. Jadi, ramai yang cuba amalkan air nabeez kurma yang ternyata mempunyai banyak khasiat dan sunnah Rasulullah SAW.
Air Nabeez atau air rendaman buah kurma ini terbukti dapat membekalkan khasiat dan tenaga yang diperlukan badan namun, ramai yang tidak sedar dan menyimpan air rendaman kurma ini dalam tempoh yang lama iaitu melebihi 3 hari. Tahukah anda bahawa air rendaman kurma yang disimpan melebihi 3 hari ini boleh bertukar menjadi seperti air nabidh (arak) yang haram untuk diminum?
Baca juga: Makan Buah Kurma Ikut Cara Kegemaran Rasulullah SAW, Buang Biji & ‘Kepit’ Bersama Mentega!
AIR NABEEZ KURMA BANYAK KHASIAT, NAMUN JANGAN SIMPAN LEBIH DARI 3 HARI!
Fermentation/Penapaian ialah proses penukaran karbohidrat seperti kompaun gula, kepada kompoun lain seperti asid dan alkohol menggunakan microorganisma seperti kulat dan bakteria.
Kurma mengandungi glukos dan fruktos, iaitu sejenis kompaun gula.Dan ya proses penapaian tak perlukan yeast, cukup dengan bakteria yang ada disekeliling. Untuk pengetahuan anda, yeast ialah sejenis kulat. Sebab itu rendam dalam air lebih dari 3 hari pun boleh berlaku proses penapaian tapi dalam kadar yang sangat rendah.
Menurut salah satu penjelasan dari saudara Rayhan Burhan di laman X, Ibn Abī Shaybah, Abū Kurayb, Isḥāq ibn Rāhūyah, Abū Muʿāwiyah, al-Aʿmash, Yaḥyā al-Bahrānī, Ibn ʿAbbās mengatakan dalam hadis bahawa:
Rasulullah SAW telah merendamkan buah anggur yang kering, lalu dia meminumnya pada hari itu, keesokan hari, dan lusa sehingga malam hari ketiga. Lalu, Rasulullah SAW menyuruh untuk meminum (baki yang ada) atau membuangnya.- [Aḥmad, Musnad; Muslim, Ṣaḥīḥ; Abū Dāwūd, Sunan; an-Nasāʾī, Sunan; Ibn Mājah, Sunan]
Harus diingatkan juga bahawa walaupun pada aṣalnya isi kandungan alkohol itu hanya sedikit dan tidak memabukkan secara terus, ia tetap ḥaram untuk diminum.
Sayyidina Rasulullah SAW bersabda:
Apa yang memabukkan dengan kuantiti yang banyak, maka yang sedikitnya [juga] ḥaram..
Dalam isu simpanan air ini, ada dua pendapat yang berbeza:
1. Ia adalah ḥaram disebabkan alkohol itu dikira sebagai najis, tidak mengira berapa banyak kuantitinya, dan berdasarkan sabdaan Rasulullah SAW: «Apa yang memabukkan dengan kuantiti yang banyak, maka yang sedikitnya [juga] ḥaram.»
2. Ia tidak dikira ḥaram kerana alkohol tersebut adalah melalui proses penapaian yang semulajadi dan tidak melebihi had 0.5%.
Namun, ramai yang lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan hanya Allah SWT dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan Isu Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1.Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2.Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3.Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
4.Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5.Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirinserta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.
6.Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7.Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
MINUM AIR NABEEZ BAHARU..
Jadi, bagi mengelakkan berlaku sebarang keraguan, buatlah air nabeez waktu malam sebelum tidur dan diminum waktu sahur dan jangan disimpan air tersebut melebihi 3 hari. Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad SAW dan sangat mudah untuk rendam kurma dengan air masak.
-Ambil kurma dalam bilangan ganjil
-Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter
-Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma
-Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau.
-Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka. Sahur esok air tu dah boleh diminum. Buatlah setiap malam sepanjang bulan Ramadan atau hari biasa pun boleh.
*Minum air Nabeez ini secara segar kan sedap, tak perlu simpan lama-lama ya nanti pening bila minum!
Baca juga: Boleh Tidur Selepas Sahur Tapi Dengan Satu Syarat, Kena Ikut Waktu Afdal INI Barulah Tak Letih!
Sumber: X @rayhanburhan, Islamqa.org, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan