Dapur

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Viral, Rugi Kalau Tak Cuba!

55
SHARES

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni dikuatkuasakan di seluruh negara, ada di kalangan kita yang bekerja di rumah sepanjang masa dan ada juga kadang-kala masuk di office. Secara umumnya, kita banyak meluangkan masa di rumah sambil bekerja.

Sewaktu bekerja di rumah tu kadang-kala ada je kita terbau masakkan jiran yang kadang-kala membuat kita rasa lapar, hilang fokus dan teringin nak buat juga menu tersebut.

Baca juga: Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Simple & Gebu!

RESEPI PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE VIRAL

Jadi, apa kata kali ini cuba resepi Premium Royal Thai Buttercake yang dikongsikan Puan Ummu Yusuf. Biar jiran pula terbau aroma yang mengasyikkan ini.

Kali ni buat perisa coklat, bahan-bahannya adalah:

  • 120 gram dark chocolate ( dicairkan)
  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 tsp baking powder
  • 20 gram serbuk koko (campurkan tepung naik sendiri + baking powder +serbuk koko)
  • 80 gram full cream milk/ fresh milk
  • 1 tsp esen creamy vanilla (campurkan susu full cream + esen creamy vanilla)
  • 150 gram butter
  • 70 gm gula icing
  • 70 gram gula halus
  • 12 gram ovalette
  • 181 gram telur ( pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Loyang saiz 7 inci

2. Mix butter, gula ising, gula halus & ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih

3. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap

4. Seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder +serbuk koko berselang seli dengan susu full cream + creamy esen vanilla, mix sekejap sampai sebati

5. Kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan, mix sekejap lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.

6. Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.

7. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ummu Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×