Dapur

Resepi Roti Sarang Burung Cheese Padu & Kaya Keju, Menu ‘Breakfast’ Ekspres!

24
SHARES
resepi roti

Dah bosan dengan menu roti yang sama, apa kata kali ini anda mencuba resepi roti sarang burung cheese pula. Bahan pun tak banyak dan cara penyediaan juga tak renyah, kurang 15 minit dah boleh makan.

Menu roti ini bila dapat dinikmati sewaktu ia masih panas dan garing berserta limpahan keju, memang tak cukup satu! Jadi, jom ikuti resepi roti sarang burung cheese dari Tan Mooi Ling di bawah.

Baca juga: Resepi Onde-Onde Labu Kuning Yang Unik & Sedap, 5 Bahan Je Rugi Tak Cuba!

RESEPI ROTI SARANG BURUNG CHEESE

resepi roti

Gambar: Tan Mooi Ling

Bahan-bahan:

resepi roti

Gambar: Tan Mooi Ling

  • Telur
  • Roti Gardenia
  • Serbuk lada hitam (black pepper)
  • Cheddar cheese Anchor
  • Mozzarella cheese
  • Cawan muffin saiz sekeping roti

Baca juga: 6 Tips Beli Buah Nanas Yang Elok & Manis, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

Cara penyediaan:

Gambar: Tan Mooi Ling

Gambar: Tan Mooi Ling

  1. Masukkan sekeping roti ke dalam cawan muffin dan timpakan di atasnya sekeping cheddar cheese.
  2. Kemudian, pecahkan sebiji telur di atas lapisan tersebut dan taburkan serbuk lada hitam.
  3. Seterusnya, taburkan pula mozzarella cheese mengikut kadar yang anda suka.
  4. Ulangi langkah tersebut untuk mendapatkan seberapa banyak roti sarang burung cheese.
  5. Akhir sekali, bakar di dalam air fryer pada suhu 160°c dalam tempoh 10 minit.

Siap untuk dihidang!

Baca juga: 5 Petua Elak Santan Pecah Minyak, Kuah Cantik & Tak Bergentel Bila Masak Lemak!

Gambar: sebelum dibakar – Tan Mooi Ling

resepi roti

Gambar: selepas dibakar – Tan Mooi Ling

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Isi Dalamnya Gebu & Lembut, Tetapi Kulit ‘Maintain’ Rangup Di Luar!

Sumber: Auni Page

FT Image: Tan Mooi Ling

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×