Dapur

Cara Buat Kulit Tortilla Homemade. Guna 3 Bahan Je, Jimat & Sedap!

102.1K
SHARES

“Boleh tahan mahal jugak kulit tortilla ni kalau beli. Aduh, rasa terbantut pulak nak beli.”

Asyik makan roti biasa je, sesekali ubah citarasa best jugak makan tortilla wrap ni kan?

Senang nak olah dan boleh bubuh macam-macam kat dalam tu. Mudah nak bawa bekal, senang disediakan.

Lagi-lagi yang tengah diet, selalunya mesti ada makanan macam ni dalam menu.

Tapi kalau kita beli yang dah siap, boleh tahan mahal juga harga kulit tortilla ni.

Jadi apa kata kita resepi tortilla wrap homemade yang mudah oleh Ana Mohd yang menggunakan 3 bahan utama saja.

Wow! Menarik kan? Ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

Cara Buat Kulit Tortilla Homemade. Boleh Frozenkan Buat Stok

Siapa peminat tortilla kat sini?

Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri.

Boleh simpan lama jadi stok frozen juga tau. Bila nak makan defrost dan bakar sekejap je.

Memang mudah kerja. Jimat pun jimat. Ni saya buat untuk bekal sarapan pagi suami.

Mudah nak makan sebab saya buat saiz comel-comel.

Ini resepinya.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak @ minyak zaitun
  • 3/4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air panas

Cara-cara

1. Gaulkan Semua Bahan

Masuk je semua bahan dalam mangkuk, kemudian gaul-gaulkan.

2. Uli

Bila adunan dah agak suam, terus uli jadi doh yang lembut.

3. Rehatkan

Kemudian tutup dengan kain lembap dan biarkan kejap dalam 20 minit.

4. Bentukkan

Pastu boleh bulat-bulatkan kecil-kecil.

Kemudian canaikan / leperkan.

5. Bakar

Lepas tu bolehlah bakar atas pan.

Kalau nak buat frozen, bakar sekejap je.

Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar.

Waktu anggaran nak bakar tu lebih kurang 1 minit untuk both sides.

Ok siap. Mudah je kan. Dapat banyak pulak tu!

Resepi tortilla wrap

Untuk Inti

Untuk inti ni sebenarnya boleh ikut selera masing-masing.

Saya cuma perap ayam dengan sos tiram / sos lada hitam dan grill.

Untuk sayuran saya letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili.

Kemudian boleh tambah mayonis / cheese / sos apa-apa ikut suka.

Tips:

  • Pastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
  • Boleh juga isi ayam celup tepung / fillet ikan celup tepung.

Resepi Tortilla Wrap Berperisa Bawang Putih

Kalau teringin nak buat garlic tortilla, boleh olahkan sikit ikut cara yang sama. Mudah aje.

Caranya, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincng halus smpai naik bau (jaga api jangan sampai hangit).

Kemudian tutup api, biarkn sejuk dan baru campur dengan tepung dan bahan lain.

Lepas tu ikut step seterusnya macam di atas tadi. Siap!

Jimat, Mudah & Sedap

Mudah sangat nak buat kulit tortilla ni rupanya. Cuma guna tepung gandum dan minyak je.

Lepas ni bolehlah cuba buat sendiri dekat rumah. Bila buat wrap ni, dapat jugalah rajinkan diri makan sayur. Nak buat bekal ke sekolah atau tempat kerja pun mudah.

Yang penting, memang jimat banyak berbanding beli yang siap kan?

Selamat mencuba!

*Resepi tortilla wrap ini dikongsikan oleh Ana Mohd menerusi Facebook. Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan resepi, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×