Dapur

Resepi Brownies Cookies Paling Simple & Sedap. Pukul Guna Whisk Pun Jadi!

2.6K
SHARES

Sekali pandang memang boleh buat kita terliur.

Tengok saja pada teksturnya yang berkilat, merekah dan warna coklat gelapnya yang menawan.

Inilah keistimewaan brownies cookies yang menjadikannya antara biskut raya yang menjadi kegilaan ramai.

Sebenarnya nak buat brownies cookies ni taklah susah sangat. Bahan yang digunakan pun bahan asas saja.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi brownies cookies yang dikongsikan oleh Rahimah Abdillah.

Resepi Brownies Cookies Rangup Yang Mudah & Sedap

Buat peminat coklat, boleh tambah koleksi biskut musim perayaan ni.

Ini resepi pertama saya belajar buat.. In Shaa ALLAH memang jadi.

Yang penting ikut je langkah ni 100% kalau baru nak belajar buat.

Untuk separuh adunan ni, saya dapat 110 pcs biskut.

Bahan-bahan

  • 20g butter/buttercup
  • 175g dark chocolate
  • 1 biji telur + 1 biji kuning telur
  • 75g gula castor (kurangkan kepada 60g kalau nak kurang manis)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 18g tepung gandum
  • secubit baking powder

Cara-cara

1. Cairkan Coklat & Butter

Mula-mula sekali cairkan dark choc dan butter menggunakan kaedah double boiler.

2. Pukul Gula, Telur & Esen Vanila

Pukul gula bersama telur & esen vanila sehingga kembang & putih.

Boleh pukul guna whisk atau mixer.

Saya pukul lebih kurang 10 minit dengan speed mixer no 5.

Resepi brownies cookies

3. Masukkan Tepung & Baking Powder

Masukkan tepung & baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.

Gaulkan sekejap. Saya gaulkan guna mixer je.

4. Masukkan Coklat Cair

Masukkan pula coklat cair.

Kacau dengan spatula hingga sebati (saya guna mixer je).

5. Masukkan Dalam Piping Bag & Rehatkan Adunan

Bila dah sebati, masukkan dalam piping bag & rehatkan 10 minit dalam peti ais.

Tips:

  • Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.

Sambil tu panaskan oven anda sekali.

Mudah sebenarnya bila masuk dalam piping bag.

6. Pipekan Ke Atas Dulang

Lepas 10 minit, boleh pipekan atas macaroon mat yang sudah di gris dengan butter.

Ikutlah nak letak apa sekali pun dekat atasnya.

Resepi brownies cookies

*Nota:

Bagi yang tak ada acuan, boleh cuba guna parchment paper macam dalam contoh gambar di bawah ni.

Tapi pastikan jarakkan jauh-jauh sebab nanti ia akan mengembang.

(*Kredit foto : Mazliyani Abu Bakar)

resepi brownies cookies

7. Bakar

Bakar selama 10 ke 11 minit, api atas bawah suhu 160c atau mengikut suhu oven masing-masing.

Biskut ni ada rasa chewy & rangup. Saya suka rangup, jadi saya bakar 12 minit suhu 160c.

Kalau masih chewy dan belum rangup, boleh lebihkan lagi masa membakarnya.

Bagi saya bila chewy ni rasa macam masuk angin, tapi ada orang suka chewy sebab rasanya seakan-akan kek atau biskut Subway. Kalau nak buat jenis chewy, boleh kurangkan masa membakar sedikit ok.

[Baca juga : Rupanya Mudah Je Nak Buat Chewy Choc Chip Cookies Ala Subway. Ini Resepinya]

Resepi brownies cookies

Mudah kan?

Bila dah masak, biar sejuk sekejap dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut memang akan lembik ketika panas, tapi jangan risau sebab bila dah sejuk dia akan keras dan rangup.

Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!

 

*Resepi brownies cookies rangup dan mudah ini dikongsikan oleh Rahimah Abdillah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Lihat perkongsian asal beliau di SINI untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×