Dapur

Rupanya Ini RAHSIA Buat Brownies Dapat Kedut Yang Sempurna, ‘Rekahan’ Idaman Ramai!

33
SHARES
resepi brownies kedut

Salah satu jenis kek yang sering mendapat sambutan dan kegemaran ramai adalah kek brownies. Memang enak dimakan namun, cara penghasilannya agak sukar kerana resepi brownies kedut yang sempurna bergantung kepada kepadatan coklat dan teknik.

Jadi, hanya dengan menggunakan 5 langkah anda sudah boleh dapatkan brownies yang ‘moist’ dan berkedut tersebut. Mudah sahaja, ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Haja Saleh ini.

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Mini Dalam Acuan Viral, Letak Biskut Teddy Bear Untuk Lagi Comel!

RESEPI BROWNIES KEDUT, KALAU TAK KEDUT TAK MANTAP!

resepi brownies kedut

Berikut merupakan caranya:

Bahan-bahan:

-500g Milk Coin Beryls
-180g Butter Anchor Salted
-4 biji telur gred A (anggaran 50-55g sebiji)
-260g gula kastor
-180g tepung gandum
-40g serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
-Pecan / walnut (optional)
-Cip coklat (optional)

Cara-cara penyediaannya:

Langkah1:

*Cairkan butter dan gula secara double boil. Panaskan air dan letakkan mangkuk berisi butter dan coklat di atasnya.

Langkah 2

*Sediakan telur dan gula kastor dalam satu mangkuk. Pukul dua bahan ini sehingga tiada lagi ketulan gula, kalau berketul tak berkedut!

Langkah 3:

*Satukan bahan pada langkah 1 dan langkah 2, kacau hingga sebati.

Langkah 4:

*Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan baking powder (wajib ayak, jangan malas!)

Langkah 5:

*Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan A & B. Kacau hingga sebati.

*Selesai! Tambahkan pecan, walnut atau taburkan cip coklat di atasnya.

*Tuangkan adunan ke dalam loyang (alas loyang dahulu).

*Gunakan loyang 10 inci (nipis) seperti dalam gambar. Jika ingin kek yang lebih tebal, gunakan loyang 9 inci.

*Jika menggunakan loyang 7 inci, bahagikan bahan kepada dua bahagian.

*Panaskan oven 15 minit sebelum bakar.

*Bakar pada suhu 140°C selama 30 minit.

resepi brownies kedut

Selamat mencuba dan semoga kek berkedut seperti tanah yang merekah!

Baca juga: Cara Buat Kek Chocolate Moist Yang Betul-Betul Meleleh, Rupanya Tak Susah Sangat Pun!

Sumber: Haja Saleh, Asmida Nor (Foto)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×