Dapur

Cara Buat Kek Chocolate Moist Yang Betul-Betul Meleleh, Rupanya Tak Susah Sangat Pun!

80
SHARES
kek chocolate moist

Siapa sahaja yang tidak akan meminati kek coklat bukan? Tambah pula dalam kalangan kanak-kanak, pasti akan berebut apabila melihat kek coklat berada di hadapan mata mereka. Untuk yang dewasa pula, kalau nak makan kek coklat, mesti nak cari kek chocolate moist yang meleleh-leleh chocolate cair itu.

Tak payah ke kafe-kafe T20 untuk mendapatkan kek chocolate moist yang betul-betul sedap kerana anda pun dah boleh buat di rumah. Yang pasti, berdasarkan resepi yang mendapat lebih 156 ribu perkongsian ini anda akan makan dengan puas!

Baca juga: Amboi, Lemak Manisnya Cekodok Labu..Macam Ini Cara Nak Buat Supaya Jadi Bulat Elok!

RESEPI KEK CHOCOLATE MOIST MERUNTUN JIWA!

kek chocolate moist

Pagi jumaat ni, saya nak share resepi Kek chocolate moist yang meruntun jiwa. Kek yang sedapppp sangatttt. Saya suka buat dalam mangkuk yg kecik kecik. Makan dengan sudu. Pergh! Memang terangkat habis. Dulu saya buatkan anak untuk dibawa ke sekolah, beri rakan rakan sekelas. Sampai mereka tanya beli dekat mana.

Kalau nak bakar pun boleh, tapi untuk dapatkan kek yang betul betul moist, kena kukus. Cara pun mudah, guna blender je.

BAHAN A

-1 cawan gula pasir
-1 cawan koko
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat
-1 cawan minyak masak

BAHAN B

-3/4 cawan tepung gandum
-1 sdt bicarbonate of soda
-1 sdt baking powder

BAHAN C

-4 Biji telur di blend hingga kembang
-1sdt essence vanilla

1.Satukan semua BAHAN A dalam periuk. Masak dengan api yang kecil sambil sentiasa kacau.
2.Bila mendidih, tutup api. Tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. Kacau rata. (Saya blend je).
3.Masukkan dalam mangkuk kecik kecik, anggaran separuh dari bekas sebab adunan akan naik bila dikukus dan kukus hingga masak.
4.Pastikan air kukusan dah mendidih ya, baru kukus kek kita ni. Kukus dalam anggaran 10-15 minit.
5.Tutup penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik. Bila dah masak, sejukkan baru dituang topping.
# Saya memang guna HANYA 3/4 CAWAN TEPUNG SAHAJA… saya tak salah type.. 3/4 cawan tepung bersamaan dengan 96gm

kek chocolate moist

TOPPING CHOCOLATE CAIR

-1 cawan koko
-1 cawan susu pekat
-1 1/2 cawan minyak
-1/2 cawan susu cair dipanaskan
-Campur semua bahan, kacau rata

*Nampak sangat terliur dengan ‘kebasahan’ kek coklat ini kan? Boleh buat sempena hujung minggu ini, selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Payah Pengukus Pun Tetap Jadi Berkilat Elok!

Sumber: Habibah Badar Bajrai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×