Dapur

Cara Buat Topping Kek Coklat Leleh, Cantik Berkilat Guna 4 Bahan Je!

14
SHARES

Kek coklat merupakan kek kegemaran ramai dan sentiasa menjadi pilihan hati tanpa mengira usia. Lagi-lagi buat anak di rumah, hari-hari mereka mahu makan kek coklat.

Mudah sahaja sebenarnya untuk membuat kek coklat tetapi toppingnya haruslah menjadi supaya rasanya sesuai dipadankan dengan kek coklat tersebut. Ada banyak cara boleh dicuba untuk membuat topping kek coklat, ini salah satu cara mudah boleh dicuba kerana hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Baca juga: Teknik Rahsia Ayam Goreng Garing Guna Air Fryer, Tak Payah Letak Setitik Minyak Pun!

CARA BUAT TOPPING KEK COKLAT LELEH, CANTIK BERKILAT GUNA 4 BAHAN

Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian pengguna Facebook di bawah. Rugi kalau tak cuba!

Bahan-bahan diperlukan: 

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu makan mentega atau minyak jagung
  • 3 sudu makan susu cair

Cara penyediaan: 

– Semua bahan di atas campur dalam periuk. Masak atas api kecil sehingga likat.

– Sejukkan. Dah sejuk masukkan dalam plastik bentuk kun. Gunting hujung dia dan paipkan atas kek coklat moist. Selamat mencuba.

*Confirm kek coklat lebih sedap. Anak-anak pun pasti suka menikmatinya sambil menonton televisyen.

Sumber: Facebook Dyzah Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×