Dapur

Resepi Kek Coklat Moist Paling Simple Tanpa Mixer. Godek-godek Atas Api Dah Jadi!

400
SHARES

Sesekali tu teringin nak makan kek coklat kan. Nak-nak kalau dapat yang moist tu. Fuhh, meleleh rasa! So, apa kata cuba resepi kek coklat moist yang paling mudah ni.

Sebab apa paling mudah? Haa… Sebabnya bahannya dan cara nak buat tu cukup senang. Semua bahan 1 cawan! Kalau nak buat banyak, gandakan je jadi 2 cawan dan seterusnya. Confirm tak keliru.

Lagi satu, resepi kek coklat moist ni simple sangat sebab tak payah pakai mixer atau blender. Cuma perlu masak atas api je sekejap.

Teruja kan? Mesti ramai dah tak sabar nak buat.

Jadi jom kita tengok resepi selengkapnya oleh Noraishah Hasnan di bawah ni.

Resepi Kek Coklat Moist Paling Mudah & Sedap

Asalnya resepi kek coklat moist ni guna resepi 4 sudu tu. Tapi saya tukar jadi 1 cawan supaya lebih mudah.

Sedap dan lembut, memang menjadi. Cara buat pun simple sangat sebab saya humban je semua dalam periuk. Hehe.

Ok ni bahannya.

Bahan-bahan

Untuk Kek

  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh baking soda
  • 1 cawan koko
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula pukul telur sikit.

Kemudian masukkan semua bahan basah yang lain dalam satu periuk -(minyak, susu pekat, susu cair dan esen vanila).

2. Masukkan Bahan Kering

Lepas tu gaulkan sikit tepung dengan baking soda dan baking powder tu dalam satu bekas lain.

3. Masak Atas Api

Lepas tu satukan semua bahan dalam periuk dan masak kejap atas api kecil.

Kacau-kacau kejap bagi semua sebati dan tak berketul.

4. Kukus

Dah siap tu bolehlah masuk dalam bekas dan kukus sampai masak. Siap!

 

Beginilah hasilnya.

Dah siap ni nak bubuh topping pun boleh. Lagi sedap kan.

Ni cara saya buat topping senang yang amat. Godek-godek atas api jugak.

Bahan Topping

  • 1 cawan koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak

Cara-cara

Campurkan semua bahan dalam periuk. Buka api kecil. Kacau-kacau sampai likat. Dah jadi!

Lepas tu bubuhlah atas kek ikut suka kita.

Nak bagi lawa, tabur sprinkle sikit.

Haa… Mudah kan? Kejap je dah siap.

Lain kali kalau terasa nak makan kek coklat bolehlah buat dekat rumah sendiri. Barulah puas makan ramai-ramai.

Bahan pun senang dapat, sebab kebanyakannya dah ada dekat rumah.

OK, selamat mencuba.

Silakan share!

*Resepi kek coklat moist mudah dan sedap ini dikongsikan oleh Noraishah Hasnan melalui Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan berkaitan resepi boleh rujuk posting asal di SINI.

Most Popular

To Top