Dapur

Rupanya Mudah Je Nak Buat Chewy Choc Chip Cookies Ala Subway. Ini Resepinya

26.6K
SHARES

“Alahai mengidamnya nak makan biskut choc chip yang besar gedabak macam dekat Subway tu…”

Bagi yang pernah pergi Subway, mesti tahu biskut choc chunk yang dijual di sana. Uniknya, biskut ini tak macam biskut rangup yang kita biasa makan macam Famous Amos tu. Sebaliknya, ia lembut dan agak chewy sedikit. Bagi yang first time merasa, mungkin ada yang ingat biskut ni dah lembik atau lemau!

Apapun, biskut sebegini memang ada peminatnya. Teksturnya yang agak liat dan cair di mulut menjadi tarikan tersendiri di samping rasanya yang segar, macam baru keluar dari oven. Rasa macam kek pun ada. Sesekali cuba something different, sedap juga kan?

Tapi biasanya orang Malaysia jarang makan di Subway sebab harganya boleh tahan jugalah… Kalau makan selalu boleh ‘rabak’ woi. Hehe. Jadi bagi yang kekadang teringin nak makan biskut Subway, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Berbaloi tau, lagipun senang sangat caranya.

Foto Kredit: Subway via Wanista.com

Jom kita tengok resepi biskut choc chip ala Subway yang dikongsikan oleh Aliza Azwan ini.

Resepi Biskut Choc Chip Ala Subway Yang Mudah & Lazat

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 125gm unsalted butter
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 cwn gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu vanila
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • cip coklat
  • badam (kalau suka)

Cara-cara

1. Gaulkan Butter & Gula

Mula-mula kita masukkan butter, gula halus dan gula perang ke dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati menggunakan spatula atau senduk saja.

2. Masukkan Telur & Esen Vanila

Lepas dah sebati tadi, kita masukkan pula telur dan esen vanila.

Satukan semua bahan dan gaul lagi hingga sebati.

3. Ayakkan Tepung

Dalam satu bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan sedikit garam mengikut sukatan di atas. Ayakkan semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaulkan.

4. Masukkan Cip Coklat

Seterusnya boleh taburkan cip coklat, badam atau apa-apa jenis kacang bagi yang suka rasanya. Gaulkan ikut banyak mana yang anda suka.

5. Bulatkan & Sejukkan

Bila dah siap adunan, bulat-bulatkan sebesar bola golf dan simpan 1 jam dalam peti sejuk.

6. Bakar

Bila terasa nak makan, bolehlah bakar terus. Suhunya saya gunakan 150 darjah dan bakar selama lebih kurang 15 hingga 18 minit dalam oven.

Masa nak bakar, tak perlu tekan adunan tu sebab dia akan turun sendiri jadi bentuk leper lebih kurang macam dalam gambar ni.

Siap!

Bila dah siap, inilah hasilnya. Fuh, memang sedap makan yang baru keluar oven, cip coklat dekat dalam tu pun cair je. Sedap sangat sebab dapat rasa yang lebih fresh!

 

Jimat dan berbaloi kalau buat sendiri sebab boleh makan puas-puas. Bukannya susah pun, gaul-gaul pakai senduk je. Tak payah susah-susah guna mixer semua. Lagi satu, bila buat sendiri ni, bolehlah kita  adjust rasa ikut tahap kemanisan yang kita suka. Jadi siapa yang tak suka manis tu, boleh kurangkan sukatan gulanya.

Mudah sangat kan? Selamat mencuba!

 

Resepi biskut choc chip chewy ala subway ini disumbangkan oleh Aliza Azwan menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak resepi, boleh follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×