40 Minggu

Sedapnya, Tapi Ini 5 Sebab Jangan Order Telur ‘Goyang’ & Telur Separuh Masak Ketika Hamil. Bahaya!

380
SHARES

“Pagi-pagi ni teringin pula nak makan telur separuh masak cicah roti. Uish sedap tuu… Tapi aku dengar orang mengandung tak elok makan telur separuh masak ni. Betul ke?”

Ramai antara kita memang suka makan telur separuh masak. Ia bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya yang lemak dan teksturnya yang gebu cukup buat kita berselera di awal pagi.

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa telur separuh masak mahupun telur ‘goyang’ yang biasa kita order bersama nasi goreng ini sebenarnya berisiko dimakan oleh wanita hamil dan anak kecil.

Ini antara bahaya telur separuh masak yang mungkin anda tak tahu serta beberapa tips keselamatan untuk menyediakannya.

5 Bahaya Telur Separuh Masak Untuk Ibu Mengandung & Anak Bawah 5 Tahun

Sungguhpun telur mengandungi nutrisi yang baik, namun menurut USDA, telur separuh masak berisiko untuk dimakan oleh ibu mengandung dan anak kecil, terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah.

1. Risiko Keguguran Bagi Ibu Mengandung

Ini kerana, telur mentah atau separuh masak yang tidak dimasak sepenuhnya terdedah kepada bakteria Salmonella. Walaupun tidak begitu merbahaya pada orang dewasa yang normal, bakteria Salmonella ini mampu menjadi serius hingga menyebabkan keguguran atau kematian janin jika menyerang ibu hamil.

kelebihan ibu mengandung

Foto Kredit: thebump.com

2. Sistem Imun Kanak-kanak Belum Matang

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak dan bayi terutamanya mempunyai sistem imun yang masih belum matang. Bahkan, mereka yang berusia 5 tahun ke bawah terdedah kepada bahaya yang paling serius berbanding kumpulan umur yang lain.

Pakar menjelaskan bahawa bakteria Salmonella ini turut merbahaya kepada anak-anak kecil hingga boleh menjadi punca sawan jika toksin sampai ke bahagian otak.

petua rebus telur tak pecah

Foto Kredit: redmountaintrails.com

3. Keracunan Makanan

Begitu juga halnya bagi ibu mengandung. Menurut BabyCenter, sistem imun pada tubuh ibu hamil akan mengalami perubahan kerana tugas utamanya kini adalah melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, wanita hamil akan lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria Salmonella.

Keracunan makanan ini menyebabkan simptom seperti:

  • muntah dan cirit-birit yang teruk
  • sakit perut
  • sakit kepala
  • suhu badan tinggi

4. Mencuci Saja Tak Dapat Menyahkan Bakteria Sepenuhnya

Walaupun telur dah dicuci dengan bersih sebelum dimasak, bakteria Salmonella mungkin tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Maka sebab itulah kedua-dua telur kuning dan telur putih perlu dimasak sepenuhnya hingga teksturnya menjadi betul-betul kental dan tidak cair.

5. Faktor Luaran Meningkatkan Risiko Pencemaran

Jika anda makan di luar, pastikan juga kebersihan menjadi faktor utama yang dititikberatkan kerana bakteria Salmonella juga dapat hadir melalui cara penyimpanan dan penyediaan yang kurang cermat.

  • Penyimpanan telur seharusnya dielakkan daripada bersentuhan dengan makanan lain. Telur patut disimpan di dalam peti sejuk.
  • Ketika memasak, pastikan telur mentah tidak terpercik ke atas makanan lain, peralatan ataupun permukaan memasak.
  • Cuci tangan selepas memegang atau memasak dengan telur mentah.
  • Bersihkan semua peralatan yang telah digunakan untuk memasak telur dengan air panas yang bersabun.

Foto Kredit: http://www.ltz.de/

Banyak Lagi Cara Menikmati Telur Kegemaran Anda Dengan Selamat

Apapun, jangan risau kerana anda dan anak-anak masih boleh menikmati telur dalam hidangan harian – contohnya telur rebus, telur goreng, atau omelet. Yang penting, ianya dimasak secara penuh tanpa bahagian yang cair di dalamnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×