Rakyat

7 Cara Hilangkan Bau Durian Yang ‘Meraung’ Dalam Kereta Anda

4.5K
SHARES

“Banyaknya durian kat kebun Pak Ngah ni, bolehlah bawak balik KL sikit. Tapi nanti habislah kereta aku bau durian… Ish, boleh pening dibuatnya. Macam mana cara hilangkan bau durian ni nanti ye?”

Bila masuk musim durian, masing-masing mesti tak sabar nak memulakan misi mencari durian. Tapi kalau dah nama pun raja buah, baunya pun tentulah menusuk ke hidung. Ada yang suka makan durian, tapi tak tahan dengan baunya. Boleh pening kalau bau lama-lama!

Ini tentulah problem bagi anda yang nak bawa balik durian yang dibeli di tepi jalan atau dibawa dari kampung. Haru pula jadinya kalau masa ke pejabat esok, kereta pun masih kuat berbau durian.

Sebenarnya ada beberapa petua dan cara hilangkan bau durian ini dalam kereta anda.

7 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta Dengan Berkesan

1. Guna Tangkai Durian

Petua yang pertama adalah antara yang viral baru-baru ini. Ia adalah perkongsian oleh Puan Ikha Febrian‎ melalui Facebook yang diperolehi daripada penjual durian sendiri.

Caranya, patahkan tangkai durian dan kemudian belah hujungnya. Selepas itu, letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.
Hasilnya, bau durian pasti tiada lagi. Ramai dah cuba dan akui yang teknik ini memang berkesan!

cara hilangkan bau durian

Foto Kredit: Ikha Febrian

2. Anginkan Kereta Masa Memandu

Bungkuskan durian menggunakan 2-3 lapis beg plastik. Ikat ketat-ketat supaya baunya tak keluar dari beg. Kemudian letakkan dalam bonet kereta macam biasa.

Masa memandu, buka semua tingkap dan jangan buka air cond. Cara ini dapat menganginkan kereta dan menghindarkan bau durian yang kuat daripada terkumpul dan melekat dalam kereta anda.

3. Roti

Kalau dah sampai rumah tapi masih ada bau durian dalam kereta, bolehlah gunakan petua seterusnya ini.

Caranya, letakkan beberapa keping roti di dalam kereta. Roti ini boleh menyerap bau durian dengan berkesan. Biarkan semalaman dan keesokan paginya bau durian akan hilang dari kereta anda.

cara kurang masin

Foto Kredit: habitfresh.com

4. Kopi

Selain roti, anda boleh juga meletakkan kopi untuk menyahkan bau durian dari kereta anda.

Ambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Lepas itu tinggalkan semalaman dalam kereta. Nak senang, gunakan saja serbuk kopi yang siap di dalam uncang. Kopi juga boleh menyerap bau-bauan dengan efektif.

cara hilangkan bau kereta

Foto Kredit: teeneelanna.com

5. Soda Bikarbonat / Baking Soda / Serbuk Penaik

Bahan yang satu ini bukan saja digunakan dalam masakan, tapi ia juga merupakan bahan serbaguna yang sewajibnya ada di setiap rumah.

Selain menanggalkan kotoran, soda bikarbonat juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau secara semulajadi. Anda boleh meletakkan satu bekas yang berisi serbuk soda bikarbonat ini di dalam kereta.

Satu lagi cara, taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam dan lepas itu boleh vakum.

6. Daun Pandan

Petua ini mungkin biasa anda dengar. Bagi yang ada stok daun pandan di halaman atau di dapur, bolehlah gunakan beberapa helai daun pandan yang diikat.

Boleh juga potong kecil-kecil dan masukkan dalam beg jaring. Gantungkan macam air freshener.

petua menghalau lipas

Foto Kredit: jewelpie.com

7. Arang

Akhir sekali, anda boleh juga gunakan beberapa ketul arang untuk menyerap bau durian dalam kereta tadi.

Boleh beli arang biasa dan bubuh dalam bekas. Biarkan selama beberapa jam dalam kereta. Sekarang ni dah banyak juga arang yang dijual khas untuk menyerap bau dalam kereta.

Foto Kredit: eleganthomes.xyz

Lepas Ni, Bolehlah ‘Tapau’ Durian Selalu!

Mudah sangat kan? Lepas ini, bolehlah anda beli durian selalu. Tak pening kepala lagi nak hilangkan bau durian dalam kereta.

Cara ini juga anda boleh gunakan untuk hilangkan bau yang kurang menyenangkan di rumah, dalam peti sejuk, dan sebagainya.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×