Dapur

Resepi Scone Hanya Guna 3 Bahan, Rasa Macam Di Cameron Highlands!

81
SHARES

Pernah dengar tak makanan namanya Scone yang berasal dari United Kingdom? Scone ini sejenis roti cepat atau kek.

Kalau nak tahu tekstur scone jadi rapuh bila dimasukkan ke dalam mulut (macam biskut nestum bayi tu). Rasanya tawar sebab cara makannya perlu dilawan dengan jem strawberi dan ikutlah kepada cita rasa tekak yang nak makannya, nak sapu jem apa pun boleh.

Baca juga: Ibu Kongsi 5 Idea Menarik Bekal Makanan Anak Ke Sekolah, Macam Menu Hotel!

RESEPI SCONE HANYA GUNA 3 BAHAN, RASA MACAM DI CAMERON HIGHLANDS!

Di Malaysia, ramai yang mencubanya bila pergi ke Cameron Highlands. Uishhh, takkan nak ke sana semata nak rasa scone kan?

Oleh itu, Puan Mell Abdul Rahman ada berkongsi resepi buat scone hanya dengan 3 bahan sahaja. Menjimatkan! Tak perlu lagi bersusah payah ke Cameron Highlands atau membelinya di luar. Buat sendiri lebih baik, boleh makan banyak-banyak.

Assalamualaikum semua MAHN’ians

TAJUK: SCONE 3 BAHAN

Tak payah pergi Cameron Highlands dah. Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih. Hebat tak sangka la makan scone oiii…

Kalau beli seketol RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10.

Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah (Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis).

OPTIONAL:

Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (Tapi untuk yang kali ini saya tak pakai).

JOM BUAT SCONE DENGAN 3 BAHAN!

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan seperti yang tertera. Jangan tiru jenama tu ya mak, sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing tesco nanti.

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat).
  • 1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi.
  • 130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter. Bukan beta is better ya (sultan melaka page hahaha).

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN SCONE 3 BAHAN

1. TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK

– Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter.

– Gaul-gaulkan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha.

2. TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA

– Bila dah berdua mesti kena tangkap basah. So kita basahkan dengan secawan susu segar.

– Gaul chill chill saja tak payah uli ya, sebab depa ni tak bergaduh (Masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya),

3. TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM

– So kita dah sebatikan bersama penyek-penyek sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiberrr…

4. TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH

– Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing-masing dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.

5. TEKNIK SIAP SEDIA

– Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya (kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit).

6. TEKNIK MENYIAPKAN DIRI

– Kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat. Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.

7. TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH

– Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah.

– Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah-tengah. Cover begitu…Macam mak-mak la ambil gambar dok belakang anak.

8. TEKNIK BERDANDAN

– Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikit susu.

– Kacau sebati jangan sampai berbuih-buih cinta pulak. Bukan nak buat telur sarang burung.

9. TEKNIK MEMANJAKAN DIRI

– Lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.

– Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawar tu.

10. TEKNIK WEFIE

– Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake, sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).

11. TEKNIK SPA

– Depend pada oven mak-mak ya.

– Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes (sebab saya suka garing…kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa).

– Agak panas tapi cepat masak.

12. TEKNIK SEJUKKAN BADAN

– Kita bagi depa ni chill chill sekejap dulu. Lepas spa katanya. Mulus begitu.

13. TEKNIK PEMISAH

– Potong tengah-tengah biar terbelah 2 (wowww gebusnya kejadian).

14. TEKNIK OOTD

– Beginilah hasilnya.

– Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh.

– Kalau nak letak tuna pun why not, sebab ini scones versi plain.

Tapi next time saya tak nak buat kecil-kecil lah. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik-kecik tu. Memang dah sah #GEMOKisAWESOME

Selamat mencuba guysssss!

Sumber: Facebook Mell Abdul Rahman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×