Dapur

Cara Masak Mi Sua Berkhasiat Guna Bahan Organik Untuk Si Manja

2.4K
SHARES

Mi sua merupakan antara juadah yang popular dalam kalangan orang Cina. Rasanya yang seakan-akan masakan ladna pastinya dapat menarik selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Bukan sahaja untuk orang dewasa, menu mi sua juga sangat sesuai untuk dimasukkan dalam jadual menu anak-anak kerana rasanya yang tidak pedas dan mengandungi bahan-bahan yang berkhasiat untuk badan. Macama mana nak buat? Jom kita ikut resipi di bawah.

MEE SUA UNTUK ANAK-ANAK

Mee sua tok adalah makanan kaum cina. Mommy Sofia sendiri makan mee sua tok sejak kecik agik. Di Miri ada few kedai yang sedap masak mee sua tok. Tapi kedai cina lah. Bahan utama adalah mee sua, ayam segar, hirisan halia (lagi banyak lagi hangat sup), Goji berries, minyak bijan (untuk menumis) dan garam untuk perasa. Sangat basic.

Biasanya mee sua tok dimakan bersama arak merah cina. Selalu dimakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk panaskan badan dan pulihkan badan dari dalam. So, mommy Sofia share cara-cara mudah untuk masak mee sua tok. Macam mommy Sofia tok lamak dah sik makan sebab sik tauk resipi nya. Rupanya mudah ajak. Rahsianya minyak bijan. Jangan risau selalu makan mee sua tok. Sik gemok bah makan mee sua tok. Malah sangat menyihatkan.

CARA MASAK MEE SUA

1. Tumis halia dengan minyak bijan. Yes. Minyak bijan sahaja. Memang harum!

2. Bila halia dah naik bau, masukkan ayam segar yang dah dipotong. Tumis hingga separuh masak.

3. Ini adalah Goji Berries / Wolfberries. Ini yang jadikan sup rasa manis secara semulajadi. Masukkan dalam 2 genggam.

4. Ayam dah separuh masak. Boleh la tambah air secukupnya. Kalau suka sup banyak masukkan lebih air.

5. Biar sehingga mendidih dan ayam lebih lembut.

6. Masukkan Goji Berries.

7. Mee Sua pilihan. Halal, organik dan ada benih Chia. Bagus untuk kesihatan. Boleh beli di website Signature Market.

8. Siap!

*Anak-anak pasti suka sebab kurang pedas!

Sumber : Carolyne Cindy Nadin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×