Asuh

Elak Bayi Tercekik, Ini Rupanya Saiz Betul Untuk Anda Potong Finger Food Si Manja

557
SHARES
finger food anak

Apabila usia anak sudah mencapai 6 bulan, ibu bapa pastinya akan bersemangat untuk bereksperimen dengan jenis makanan untuk diberikan kepada anak-anak. Selain dari memperkenalkan makanan pejal kepada mereka, pengenalan finger food anak juga perlu dilakukan supaya anak-anak dapat mengenali jenis makanan dengan lebih meluas. Bukan itu sahaja, membiarkan anak terbiasa dengan finger food ini dapat merangsang sensori sentuhan si manja.

Jadi, sebelum menyediakan finger food ini, anda perlu tahu cara untuk memotongnya supaya kurang risiko anak tercekik!

CARA POTONG FINGER FOOD ANAK, TAK TERCEKIK!

finger food anak

Ramai ibu bapa yang risau sebenarnya untuk mula perkenalkan Finger Foods kepada anak-anak. Takut anak tercekik dan takut rumah bersepah.

Sebenarnya Finger Foods ni sangat bagus untuk development motor skils baby tambah-tambah di bahagian extremities seperti tangan, jari. Sebab tu jangan takut untuk perkenalkan Finger Foods ni kepada mereka. Jadi, macam mana potongan yang terbaik untuk fasa anak-anak ini?

#6 bulan

finger food anak
Waktu ni anak baru ja lagi berkenalan dengan solid food, fasa explore baru bermula. Diorang masih belum mampu lagi nak pegang makanan menggunakan jari. Jadi diorang akan pegang menggunakan keseluruhan tapak tangan. So, bagi memudahkan diorang untuk pegang, potong makanan ikut size jejari, panjang-panjang dan nipis. So diorang masih lagi boleh pegang menggunakan tapak tangan.

#8-10 bulan

Bila anak dah boleh pegang menggunakan jari, dah boleh mula potong finger foods kepada size yang lebih kecik. Tapi pastikan makanan tu cukup lembut dan kita sentiasa ada untuk memantau.

finger food anak

Ingat, sentiasa berada bersama dengan anak bila mereka tengah makan supaya kita dapat pantau dan enjoy moment mereka.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Nur Najwa Hamali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×