Asuh

Bapa Amal 5 Bacaan Doa Ini Setiap Kali Hantar Anak Ke Pengasuh, InsyaAllah Akan ‘Dijaga’…

44
SHARES
DOA DILINDUNGI ALLAH

Setiap perkara yang dilakukan jangan pernah lupa untuk membaca doa dilindungi Allah agar semuanya berjalan lancar dan dijauhi daripada sebarang musibah. Seperti perkongsian seorang ayah di laman Facebooknya, terdapat beberapa ayat yang dibaca setiap kali menghantar anak ke pengasuh dan keluar rumah.

Ini bertujuan agar ‘penjagaan’ itu kita serahkan sepenuhnya kepada Allah dan berharap sentiasa dilindungi. Ikuti penjelasan penuh di bawah.

Baca juga: Anak Sentiasa Dengar Cakap & Mudah Berbincang, Ibu Bongkar Teknik Yang Diamalkan

DOA DILINDUNGI ALLAH, BACA KETIKA HANTAR ANAK KE PENGASUH

DOA DILINDUNGI ALLAH

Setiap kali hantar anak ke taska atau pengasuh, serahkanlah ‘penjagaan’ itu sepenuhnya kepada Allah. Minta Allah jaga anak dan juga jaga hati si penjagannya sebab hati manusia Allah yang pegang. 

Abah ajar dulu, keluar je rumah pagi tu terus baca ayat-ayat ini:

1.  Bismillahillahi tawakkaltu Alallah 3 kali

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

2. Bismillahilazi la Yadhurru 3 kali

بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

3. Ayat Kursi

4. Surah 3 Qul

5. Hasbunall wa ni’mal wakil

حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر

Dah habis baca, hembuskan pada anak. Ayat-ayat ini bukan sahaja untuk hantar anak ke taska tapi juga untuk kita bila nak keluar rumah.

Semoga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yang kita tak tahu. Bila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya kepada Allah.

Jika tetap terjadi musibah itu, maka sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Baca juga: Himpunan Doa Untuk Anak Lelaki & Perempuan Dari Al-Quran, Jadi Insan Berguna…

Sumber: Facebook Jarir Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×