Asuh

Anak Sentiasa Dengar Cakap & Mudah Berbincang, Ibu Bongkar Teknik Yang Diamalkan

24
SHARES
DOA ANAK DENGAR KATA

Menggalas tugas dalam mendidik anak bukanlah satu perkara mudah. Seperti perkongsian Puan Felinna Fattah di laman Facebooknya, terdapat beberapa teknik dan cara doa anak dengar kata yang diamalkan sejak cahaya mata selamat dilahirkan.

Tips ini juga membuktikan si kecil pandai berkasih sayang antara orang lain. Jadi, ibu ayah di luar sana boleh cuba amalkan teknik ini ya.

Baca juga: Si Ayah Asyik Buat 8 Perkara Ini Sampai Jadi Punca Anak Takut & Menjauh, Jangan Biar!

DOA ANAK DENGAR KATA

Saya nak kongsikan apa yang kami buat. Ada banyak sebenarnya parenting teknik kami suami isteri amalkan. Tapi hari ini nak share 2 sahaja dulu.  2 tips ini saya dan suami amalkan untuk anak dengar cakap, mudah berbincang dan Alhamdullah sentiasa berkasih sayang. 

1. Bila kami ambil wuduk, kadang-kadang tadah air untuk anak mandi dari wuduk kita. Kemudian masa tangan dan muka kita masih basah dari kesan wuduk, raup semua air tersebut letak dekat ubun-ubun anak sambil doa.

2. Setiap pagi dan malam pastikan anak cium pipi kedua belah dan kepala kita mak ayah. Kita pun kena balas dengan ciuman di pipi kiri kanan dan ubun anak sambil doakan mereka.

Doa yang selalu saya amalkan tak sama setiap anak sebab ada keinginan berbeza. Ada 3 perenggan yang berbeza.

Perenggan satu ikut keinginan anak.

– Contoh kalau yang masih kecil dia nak pandai membaca. Jadi selit doa untuk dia membaca, ada pula yang nak doa supaya dia nak kurus.

Perenggan dua ikut keinginan mak ayah.

– Contoh jadikan anak ini soleh, beriman, hamba yang baik, bijak, sihat dan penuh ihsan.

Perenggan tiga untuk masa depan.

– Contoh ampunkan mereka apabila besar nanti, jadikan mereka pasangan yang soleh dan solehah untuk pasangan nanti, murahkan rezeki anak-anakku dan angkat doaku jika aku pergi dulu.

Hembus dekat ubun-ubun anak setiap hari 2 kali sekurang-kurangnya. Ini antara yang saya dan suami buat sejak anak kecil sampai besar.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Anak Suka Belajar Tapi Kalau Mama Papa Buat 5 Perkara Ini, Memang Tak Akan Menjadi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×