Asuh

12 Teknik Rangsangan Seperti ‘Magic’ Supaya Anak Boleh Bercakap Seawal Usia 9 Bulan

2
SHARES
anak cepat bercakap

“Anak kawan usia 9 bulan dah boleh bercakap dah sikit-sikit, tapi anak aku belum..Macam mana nak buat supaya anak cepat bercakap ya?”

Perkembangan bayi akan lebih terbuka dengan lebih banyak selari dengan usia mereka. Salah satu perkembangan dan kebolehan bayi yang paling dinantikan adalah kebolehan mereka untuk bercakap terutama apabila usia dah cecah 9 bulan. Namun, kenapa ada yang belum boleh menuturkan perkataan?

Sebenarnya anda kena rangsang sensori mereka supaya bayi boleh bercakap dengan cepat. Jangan risau, guna teknik rangsangan yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira di laman Twitternya.

Baca juga: Tiada Lagi Panjat-Panjat Pagar Bila Mak Ayah Beli 6 Mainan Ini, CONFIRM Anak Duduk Diam!

MACAM MANA NAK BUAT ANAK CEPAT BERCAKAP? KHUSUSNYA BAYI USIA 9 BULAN…

anak cepat bercakap

Nak buat apa dengan bayi 9 bulan untuk rangsang dia bercakap ? Nak anak boleh bina perkataan pertama, kena mula dari anak baru lahir lagi. Bercakap dengan matlamat supaya anak mendengar .

#1 Ajar Gesture 

Umur 6 bulan ke atas dah ada keupayaan untuk tiru gesture mudah dan bunyi. Apa gesture yang boleh diajar ?

– Bye bye
– Flying kiss
– Angguk kepala
– Geleng kepala
– Tadah tangan tanda nak
– Salam
– Menoleh bila dipanggil

#2 Buat read aloud dengan dia

Guna buku yang jenis satu muka surat, satu gambar. Nak guna buku yang banyak gambar pun boleh untuk read aloud. Cuma kalau buku yang berimej besar, perkataan sikit akan tarik minat dia untuk tengok buku tu. Dia akan tengok lama sikit.

#3 Selalu buat bunyian haiwan untuk dia

Contohnya, bunyi kucing apa adik ? ” Miaw ,miaw “. Bunyi burung, ayam, itik. Dua abangnya dulu kami buat macam ni, ajar bunyi haiwan, lepas tu mereka boleh tiru bunyi dan lanjutkan dengan tiru suku kata. Kita nak latih anak tiru dan tiru.

#4 Eye contact

Selalu letak dia depan cermin dan main bersama untuk improve eye contact.

#5 Rajin bercakap

Bercakap je dengan anak , apa yang saya buat, keadaan sekeliling, tapi bukan bahasa bayi.

#6 Selalu sebut apa yang dia pegang

Bukan sahaja apa yang bayi pegang, malah bila dia pegang mainan, sebut mainan, tengah makan, sebutkan apa yang dia buat, “Adik makan ? Sedapnya.. yummy “.

#7 Selalu borak

Bayi umur 9 bulan , dia dah ada bunyi macam nak berkomunikasi. Bila dia berbunyi, terus saya respon supaya dia excited dan rasa apa yang dia buat tu dapat perhatian. Jadi, lagi banyak bunyi dan babbling dia akan keluarkan.

#8 Nyanyi

Mak-mak boleh nyanyi macam-macam lagu dan bacakan al Quran untuk dia. Tidurkan dengan zikir. Nak bagi dia dengar dan rasa tenang sahaja.

#9 No screen time

Strictly, no screen time kecuali video call dengan family. Masa abang-abangnya tengah screen time , saya bawa pergi jauh dan main dengan dia. Biasanya screen time abang ketika Sofiyyah tidur pagi, jadi tiada masalah sangat.

#10 Intonasi dan mimik muka

Pelbagaikan intonasi dan mimik muka bila berbual. Saja je buat bunyi pelik untuk dia fokus pada kita. Buat bunyi macam cicak atau buat bunyi dengan lidah kita.

#11 Nada bercakap

Cakap dengan nada nyanyi , ” Ummi Sayang Sofiyyah ” , tiru lah nada lagu Omar Hana ke.

#12 Kenalkan bunyi babbling baharu

Bila dia tengah semangat buat bunyi babbling dia tu, kita pun kenalkan bunyi baru, ” bababa, cacaca, mamama “.

Itu antara yang saya buat. Buat hari-hari. Tak buat semua, buat separuh pun dah okay. Umur setahun biasanya dah ada perkataan pertama. Belum boleh bina ayat tapi dah boleh sebut perkataan. Dah boleh faham arahan dan boleh juga buat gesture seperti bye bye, tepuk tangan dan main peekaboo.

Yang penting, jangan senyap je dengan baby.Bercakap aje, tak biasa, kena biasakan. Saya pun macam tu dulu. Tak biasa. Tapi alah biasa tegal biasa.

Ibu ayah adalah stimulator utama anak-anak. Ambil peluang dan luangkan masa.Takut-takut anak kurang ransangan, boleh jadi ada kelewatan. Speech delay dah jadi fenomena biasa kanak-kanak sekarang atas pelbagai faktor .

Speech delay boleh ganggu banyak aspek kehidupan anak seperti urus diri, kemahiran sosial dan bergaul dengan orang serta kemahiran kawal emosi.

anak cepat bercakap

*Lepas ini, bayi dah start potpet lagi seronok kita nak bersembang!

Sumber: Twitter Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×