Nur

Amal 5 Doa Indah Ini Iring Suami Setiap Kali Ke Tempat Kerja, InsyaAllah Selamat Sampai..

42
SHARES
doa untuk suami bekerja

Sebagai seorang isteri mithali, setiap kali pemergiaan suami ke tempat kerja pastinya sentiasa ditemani dengan senyuman serta lambaian. Tidak kira untuk isteri yang merupakan suri rumah atau turut bekerja, rutin ini menjadi WAJIB. Namun, bukan hanya lambaian sahaja malah doa untuk suami bekerja turut diselitkan di dalam hati.

Seperti perkongsian dari Puan Ezzah Nor di laman Twitternya, selama dia mengamalkan doa-doa sewaktu menghantar suami pergi ke tempat kerja, dikurniakan banyak kemudahan oleh Allah SWT dari segi rezeki dan terpelihara dari bahaya. Doa apa yang diamalkan itu?

Baca juga: Air Mani Suami Boleh Bantu Hilangkan Kemurungan Isteri, Tak Sangka Betul Ya!

DOA UNTUK SUAMI BEKERJA, INSYAALLAH SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI…

doa untuk suami bekerja

Before i kahwin, mak i pesan waktu hantar suami kerja tu doalah banyak-banyak. So i memang tak pernah miss lambai husband pergi kerja. I doa banyak-banyak dan alhamdulillah, murah rezeki husband, tiap tahun mesti dua kali naik gaji. Meh i share doa yang i baca..

“Ya Allah, peliharalah suamiku pergi & balik kerja, limpahkah rezeki buat kami seperti air zamzam, berikan kami rezeki yang berkat, jauhkanlah suamiku dari kemalangan, nasib malang, kecuaian & kecelakaan”

Selalunya doanya panjang lagi. Tapi yang ni paling basic. I akan tambah semualah permintaan hati i sebagai soerang isteri. I akan doakan jugak,

“Ya Allah, ya Rahman, ampunkanlah dosa kami, kedua ibubapa kami, kaum kerabat kami. Himpunkanlah kami di syurga firdaus-Mu.

Nak doa apa lagi untuk suami? Kalau anda tak ada idea, boleh ikut panduan ni:

1- Doa untuk suami berkaitan dengan rezeki

Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperolehi suamiku ini supaya membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.

2- Doa untuk suami setia dan mendapat rahmat Allah

Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih. Jadikanlah aku dan suamiku berada di antara orang-orang yang memohon keampunan. Jadikanlah suamiku sebagai hambaMu yang soleh dan suami yg setia.

3- Doa agar suami dilindungi

Ya Allah, jagalah suamiku yang sedang menjemput rezekiMu. Berikan suamiku perlindungan serta keselamatan. Aamiin.

4- Doa memohon kebaikan untuk suami

Ya Allah berikanlah kebaikan kepada suamiku, di mana pun suamiku berada.

5- Doa untuk suami diberi keselamatan dunia akhirat

Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka dan ampunkanlah dosa-dosa kami.

Ini antara contoh skrip doa kalau anda tak ada idea nak doa macam mana. Doa ini kan permintaan personal kita, jadi anda doalah dan mintalah apa sahaja dekat Dia.

Dan, jangan lupa doakan diri sendiri jugak dan mintak suami doakan kita juga. Naik gaji tu alhamdulillah antara contohnya, alhamdulillah atas semua kurnianMu ya Allah. Yakinlah Allah tu akan memakbulkan doa kita tepat pada waktu-Nya. Jangan putus asa dan teruskan berdoa.

*Bukan sahaja isteri yang boleh amalkan untuk suami malah si suami juga disarankan untuk buat perkara yang sama. Indahnya setiap pasangan suami isteri berdoa kepada satu sama lain untuk menjaga dan memudahkan rezeki keluarga bukan?

doa untuk suami bekerja

Baca juga: Hukum Muat Naik Video Isteri Bersalin, Di Manakah Sifat Malu Itu?

Sumber: Twitter Ezzah Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×