Nur

Cara Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri, Jadi ‘Makanan’ Sihat Untuk Roh..

62
SHARES
sedekah al fatihah

Lazimnya, surah Al Fatihah merupakan surah wajib dibaca ketika menunaikan solat dan sebagai pembuka kepada bacaan Al-Quran dan Surah Yassin. Namun, tahukah anda bahawa ada cara untuk sedekah Al Fatihah kepada diri sendiri dan ini membawa manfaat yang sangat besar?

Mudah sahaja sebenarnya kerana anda boleh sedekahkan Al Fatihah ini di mana sahaja dan tidak kira masa. Jom sama-sama kita lakukan.

Baca juga: Kelebihan Baca Surah Yassin Setiap Pagi, Keajaibannya Sangat Menakjubkan!

CARA SEDEKAH AL FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI

sedekah al fatihah

1.Pegang dada sebelah kiri

2.Niat dengan mengucapkan “Ya Allah, aku hadiahkan Al Fatihah ini untuk diriku sendiri untuk lahir dan batin.

3.Asslamualaikum, sebut nama penuh anda

4.Ucap, “Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, sihatkanlah tubuh dan jiwaku. Jauhkanlah aku dari keburukan aku sendiri dan keburukan dari makhluk yang lain. Jaga dan lindungilah hambamu ini, Jadikanlah hambamu ini sebagai penjemput rezeki yang melimpah seperti air tiada henti.”

5.Baca Al-Fatihah

ANTARA KELEBIHAN BACA AL FATIHAH

-Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran

-Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka

-Diampuni dosa

-Diterima kebaikan

-Terlepas dari azab kubur, azab neraka dan azab hari kiamat

-Berjumpa dengan Allah sebelum para ambiya dan para aulia

-Mendapat darjat yang tinggi dalam syurga

-Rumah yang dibacakan surah Al Fatihah dan surah Al Ikhlas tidak akan ditimpa kefakiran dan banyak kebaikan.Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudahkan segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan. Insya Allah akan dimakbulkan Allah SWT.

-Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan

sedekah al fatihah

*Jadi, boleh mulakan amalan sedekah Al Fatihah kepada diri sendiri ini ya. InsyaAllah bawa manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan dan ketenangan badan.

Baca juga: 10 Amalan Jemput Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka, ‘Kuasanya’ Luar Biasa!

Sumber: Tiktok @fazrif_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×