Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Seram Bila Dengar ‘Kod Merah’ Di Hospital…”- Rupanya Wanita Hamil Meninggal Dunia, Ramai Baru Tahu Maksudnya

Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai pengumuman kod merah yang kedengaran di Hospital Shah Alam mengundang perhatian orang ramai selepas seorang wanita dipercayai sedang berdepan kecemasan ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Baca juga: Guna Kertas Kajang Buat Resume Mohon Kerja, Lelaki Ini Dipuji “Sekurang-Kurangnya Dia Ada Usaha”

PENGUMUMAN KOD MERAH DI HOSPITAL, INI MAKSUDNYA

KOD MERAH

Menerusi perkongsian @Fawaaaaaaaaaaaa_, dia pada mulanya berkongsi rasa terkejut selepas terdengar pengumuman tersebut ketika berada di hospital.

“Tadi dengar kakitangan Hospital Shah Alam beri pengumuman kod merah. Bila cari di Google apa itu kod merah, seram pula,” tulisnya.

Dalam konteks wad bersalin, kod merah digunakan bagi situasi kecemasan kritikal yang mengancam nyawa ibu mengandung atau ibu yang sedang bersalin. Pengaktifan kod tersebut membolehkan pasukan perubatan berkaitan memberikan tindak balas segera.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan pengaktifan kecemasan itu termasuk pendarahan teruk, eklampsia, ibu tiba-tiba tidak sedarkan diri serta komplikasi serius ketika proses kelahiran.

Perkongsian berkenaan kemudian mendapat perhatian seorang pengguna bernama syida_syafiq8589 yang memaklumkan kemungkinan kecemasan tersebut melibatkan kakaknya yang sedang dirawat di Hospital Shah Alam.

Warganet minta doakan keadaan kakak

“Mungkin itu kakak saya. Sekarang dia berada di Hospital Shah Alam. Doktor sedang melakukan bantuan pernafasan kerana oksigennya menurun. Limpa pecah dan berlaku banyak pendarahan. Bayinya juga mengalami penurunan oksigen,” katanya.

Dia pada ketika itu turut memohon orang ramai yang membaca perkongsiannya agar mendoakan keselamatan kakaknya dan bayi tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, wanita berkenaan berkongsi berita dukacita apabila memaklumkan kakaknya, Norin Azeera Binti Mohd Shahindar, telah meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

“Assalamualaikum semua. Hendak maklumkan, kakak saya Norin Azeera Binti Mohd Shahindar baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi di Hospital Shah Alam. Mohon semua sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Terima kasih,” tulisnya.

KOD MERAH

Berita tersebut mengundang ucapan takziah daripada orang ramai yang turut mendoakan agar segala urusan keluarga arwah dipermudahkan.

Semoga roh arwah Norin Azeera Binti Mohd Shahindar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Baca juga: Bermula Dengan Perselisihan Faham, Bapa 63 Tahun Cedera Selepas Ditend*ng Anak Kandung!

Sumber: Threads Fawa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×