Dapur

“Makkk! Pedihnya Adik Terkena Air Panas” Cepat Buat 5 Cara Semula Jadi Ini Untuk Redakan Kesakitan!

1
SHARES
terkena air panas

Sekiranya tubuh anda terkena air panas dan tidak terlalu memudaratkan, bolehlah cuba lima cara semula jadi ini sebagai rawatan sementara sebelum berjumpa doktor.

Ia hanya menggunakan bahan-bahan di dapur dan diaplikasikan dengan cara yang mudah untuk meredakan kesakitan anda.

Baca juga: Ramai Kecewa Minyak Viral 1001 Guna Selalu ‘Sold Out’, Mari Buat Sendiri Guna 3 Bahan Je!

TERKENA AIR PANAS, INI 5 CARA RAWAT SEMULA JADI

terkena air panas

Gambar: Google

Namun, ingatlah terkena air panas memang perkara yang berbahaya dan ia bergantung juga pada kesan melecur kulit anda. Semakin banyak air panas menyentuh kulit, semakin teruk tahap melecur atau kesakitan yang boleh dihadapi.

Berikut merupakan 5 rawatan semula jadi untuk meredakan kesakitan melecur terkena air panas:

Baca juga: 7 Khasiat Tersembunyi Daun Bidara Yang Orang Tak Tahu, Paling Tak Sangka Hilangkan Parut!

1. Serbuk kopi

Tahukah anda, serbuk kopi mempunyai khasiat yang mampu mengurangkan kesakitan akibat terkena air panas dan mengurangkan proses melecur.

  1. Ambil sejumlah serbuk kopi mengikut kemahuan.
  2. Tempekkan atau lumurkan pada bahagian tubuh yang terkena air panas.
  3. Anda akan mula rasa sedikit pedih.
  4. Disyorkan masa 10 minit untuk biarkan serbuk itu pada kulit anda.

2. Lidah buaya (aloe vera)

Kebanyakan orang, ramai yang menggunakan gel pada lidah buaya sebagai bahan yang dapat melembutkan kulit dan sebagainya. Hal ini kerana, lidah buaya mempunyai ge yang dapat menyejukkan kulit.

Oleh itu, ia sesuai digunakan pada kawasan yang terkena air panas juga. Caranya:

  1. Ambil gel lidah buaya dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.
  2. Sapukan pada bahagian kulit berkenaan.

3. Pelepah pisang

Pada pelepah pisang terdapat satu cecair putih yang dikenali sebagai getah.

Jadi, manfaatkan getah pelepah pisang dengan menyapukan ia pada bahagian kulit yang terkena air panas. Pastikan bahagian yang terkena air panas tidak terkena air, elakkan!

Baca juga: Tenaga Batin Lelaki Lemah Angkara 5 Makanan Ini, Terkejut Yang No.1 Tu!

4. Air larutan garam

terkena air panas

Gambar: Google

  1. Ambil garam dan bancuhkan ia dengan air supaya menjadi bancuhan yang pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Sapukan larutan tersebut ke tempat yang melecur secara perlahan-lahan.
  3. Kemudian, pastikan ia kering dengan sendiri.
  4. Setelah kering, tak seharusnya dibasuh dengan air.

Hal ini kerana, air larutan garam dapat menghilangkan rasa panas dan pijar secara sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan.

5. Telur

  1. Sediakan sebiji telur atau lebih (ia bergantung kepada kawasan terjejas).
  2. Kacau tekstur telur untuk disapukan pada bahagian yang sakit menggunakan kapas.
  3. Selain kapas, gunakan alatan yang lembut seperti kain.
  4. Ulang cara ini untuk beberapa kali.

Baca juga: Elakkan Ambil 6 Buah-Buahan Ini Pada Waktu Malam, Jadi Punca Tidur Tak Cukup!

Demikian sahaja 5 cara semula jadi untuk merawat kesakitan kulit akibat terkena air panas. Kaedah-kaedah tersebut lebih bersesuaian jika ia melibatkan luka melecur yang ringan.

Adalah lebih baik, anda segera ke klinik berhampiran untuk mengenal pasti tahap luka terbakar bagi mengelakkan hal lebih serius dari terjadi.

Baca juga: Kecilkan KELENJAR TIROID Dengan 7 Sumber Semula Jadi Ini, Baru Mudah Telan Makanan!

Sumber: Art Clean

FT Image: Google / Pixabay/Republica

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×