Dapur

Ramai Kecewa Minyak Viral 1001 Guna Selalu ‘Sold Out’, Mari Buat Sendiri Guna 3 Bahan Je!

1
SHARES
cara buat minyak urut

Dek kerana minyak 1001 guna menjadi viral baru-baru ini, hingga ramai yang ghairah untuk membelinya, jadi penulis kongsikan cara membuat minyak urut homemade untuk anda semua. Kalau nak tahu cara buat minyak urut ini sebenarnya mudah sahaja.

Menerusi perkongsian Zuriaty Musa di TikTok, dia berkongsikan resipi minyak urut homemade yang hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan tempoh memproses pun tidak lama. Bagusnya minyak urut ini, ia khusus untuk golongan anak kecil mahupun dewasa ketika waktu-waktu kecemasan.

Baca juga: 7 Khasiat Tersembunyi Daun Bidara Yang Orang Tak Tahu, Paling Tak Sangka Hilangkan Parut!

CARA BUAT MINYAK URUT HOMEMADE

cara buat minyak urut

Gambar: Zuriaty Musa

“Resipi minyak urut homemade khas buat para ibu yang ada anak kecil atau pun untuk kegunaan orang dewasa waktu-waktu kecemasan.

Senang dan mudah untuk buat banyak-banyak simpan dalam botol masa nak guna terus ambil sahaja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Baca juga: Tenaga Batin Lelaki Lemah Angkara 5 Makanan Ini, Terkejut Yang No.1 Tu!

cara buat minyak urut

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Minyak bidara (minyak masak biasa atau minyak matahari pun boleh)

Cara-cara:

  1. Bawang putih dan lada hitam ditumbuk sehingga lumat.
  2. Masukkan minyak bidara yang boleh didapati di pasaran dengan mudah.
  3. Peram ketiga-tiga bahan tersebut semalaman sebelum diteruskan dengan proses seterusnya.
  4. Tapis minyak menggunakan kain bersih untuk mengasingkan minyak yang diperam dengan bahan digunakan.
  5. Simpan minyak di dalam botol supaya lebih mudah digunakan pada bila-bila masa.

Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!

minyak urut

Menurut Zuriaty, sebaik-baiknya membaca ayat-ayat di bawah ini semasa proses memindahkan minyak ke dalam botol:

  • Ayat kursi – 21x
  • Ayat 3 Qul – 21x
  • Selawat – 21x
  • Bismillah 5 – 21x

Selain itu, minyak yang dihasilkan ini boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan termasuklah di belakang leher.

Malah, ia juga boleh disapukan pada bahagian tapak kaki sebelum tidur sebagai ikhtiar untuk masalah sakit tumit.

Baca juga: [VIDEO] Tutorial Urutan Untuk Hilangkan Keletihan Pasangan Pulang Bekerja, Barulah Sayang!

Nak lebih jelas, boleh lihat video di bawah ini.

@zuriaty_musa

Resepi minyak urut homemade khas buat ibu ibu yang ada anak kecik atau pun utk kegunaan orang dewasa waktu2 kecemasan. Senang dan mudah buat banyak2 simpan dalam botol time nak guna terus ambik je #minyakurut #minyaksapu #minyakuruthomemade #ibumithali #kaktysukashare #tiktokguru

♬ original sound – Zuriaty | Bidara Penawar Sihir – Zuriaty | Tips Wanita Cantik

Baca juga: Kecilkan KELENJAR TIROID Dengan 7 Sumber Semula Jadi Ini, Baru Mudah Telan Makanan!

Sumber: Tiktok @zuriaty_musa

FT Image: Tiktok @zuriaty_musa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×