Penyakit kayap yang juga dikenali sebagai cacar, bukanlah sesuatu keadaan yang boleh dipandang ringan. Selain kaedah rawatan moden, ubat kayap melalui cara tradisional juga boleh dipertimbangkan seperti petua hilangkan kayap menggunakan getah tandan pisang.
Baca juga: Kecilkan KELENJAR TIROID Dengan 7 Sumber Semula Jadi Ini, Baru Mudah Telan Makanan!
PETUA HILANGKAN KAYAP
Melalui perkongsian Tiktok @cucuadamtwo , petua menghilangkan kayap yang boleh anda cuba lakukan ialah dengan menggunakan getah pada tandan pisang.
Menurutnya, petua ini boleh membantu menyembuhkan segala jenis kayap.
Namun, terdapat jenis pisang tertentu yang boleh digunakan iaitu Pisang Nipah. Ia juga dikenali dengan nama Pisang Abu di sesetengah tempat.
Bagi mendapatkan getah Pisang Nipah tersebut, caranya seperti ini:
- Cari Pisang Nipah yang masih tergantung di pokoknya.
- Buat torehan pada batang tandan pisang.
- Kemudian, ambil getah yang kelihatan mengalir keluar.
- Dengan tangan yang bersih, kerik (mengeruk/mengikis) kayap dahulu dan sapukan nipis getah tersebut.
- Lakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Tambahnya lagi, petua ini dipercayai boleh mematikan kayap sampai ke akarnya.
Baca juga: Air Mandian Daun Untuk Atasi Badan Tak Bermaya, Lepas Siram Terus Segar!
Baca juga: Makan Pelbagai Sayur Berkacang Ini, Dapat Kawal Radang Kulit Akibat Ekzema!
Petua lain dari warga maya
Meninjau pada ruangan komen video tersebut, terdapat petua lain yang dikongsikan warga maya untuk menghilangkan kayap. Antaranya:
“Suami pernah kena kayap, berubat dengan daun kangkung sahaja. Alhamdulillah baik,” komen Hana.
“Kalau arwah ayah dulu selalu orang panggil mengubat kayap. Arwah guna sirih, pinang muda dan kapur sirih saja. Kunyah sirih, pinang muda dan sedikit kapur sirih. Kemudian, air sirih jangan telan dan terus letak pada kayap. Kalau rasa sejuk itulah ubatnya, kalau rasa panas cuci balik dan guna cara lain,” kongsi Puspa.
“Atuk dan pakcik saya memang ubatkan orang kayap. Tapi saya tak tahu doa apa atuk baca sebab dia dah tiada. Orang tu datang bawang air dengan tepung ubi,” cerita Syaeda.
Baca juga: Cara Buat SCRUB Badan Semula Jadi Guna Beras Disangai Je, Hebatnya Petua Lama!
Sumber: Tiktok @cucuadamtwo
FT Image: dermskinhealth / wikipedia