Memetik artikel berita Harian Metro, terdapat lima jenis makanan yang boleh melemahkan tenaga batin dalam kalangan lelaki seperti dinyatakan oleh Pakar Hormon dan Antipenuaan The KL Sky Clinic, Dr Shashi Kumar.
Menurutnya, makanan itu mengandungi bahan mengurangkan penghasilan hormon testosteron yang begitu penting untuk menyerlahkan ciri-ciri kejantanan seorang lelaki.
Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!
TENAGA BATIN LEMAH KERANA PEMAKANAN
“Berdasarkan hasil ujian darah untuk saringan awal hormon testosteron terhadap pesakit yang datang ke klinik ini, ia menunjukkan 60 hingga 70 peratus lelaki berusia 28 hingga 40 tahun mempunyai hormon yang rendah.
“Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah tenaga batin. Agak mengejutkan kerana pada usia itu (28 hingga 40 tahun), sepatutnya paras hormon testosteron adalah tinggi,” katanya.
Baca juga: Kecilkan KELENJAR TIROID Dengan 7 Sumber Semula Jadi Ini, Baru Mudah Telan Makanan!
Berikut merupakan lima jenis makanan yang boleh melemahkan tenaga batin orang lelaki berserta alasannya:
1. Buah-buahan
“Di Malaysia, terdapat banyak buah-buahan manis yang tinggi kandungan gula sukrosa dan fruktosa seperti betik, mangga, tembikai, nenas dan sebagainya. Ia sebaik-baiknya dikurangkan pengambilan iaitu dua kali seminggu,” katanya.
Dr Shashi berkata, buah-buahan tempatan ini rasanya manis dan sekiranya diamalkan makan setiap hari, ia boleh memberi kesan kepada penurunan hormon testosteron.
“Sebenarnya khasiat buah-buahan ini boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan saya sangat menggalakkan untuk mengamalkannya.
“Sayur-sayuran boleh dianggap sebagai makanan unggul (superfood) kerana kandungan nutrien tinggi yang sangat diperlukan tubuh selain bebas gula.
“Ada kajian mendedahkan, buah-buahan ini boleh merendahkan hormon testosteron,” katanya.
2. Ayam
Kebanyakan ayam dalam pasaran adalah ayam ternakan yang disuntik dengan hormon tumbesaran dan estrogen bagi mempercepatkan pembesaran.
Malah, haiwan ini juga lebih gemuk selain dagingnya mempunyai banyak lemak berwarna putih yang tidak bagus untuk kesihatan.
“Tempoh pembesaran ayam begitu singkat iaitu 28 hari bermula daripada peringkat telur hingga dijual di pasaran. Sedangkan tempoh pembesaran ayam secara semula jadi ialah 100 hari, tanpa sebarang suntikan hormon,” katanya.
Ujarnya, suntikan hormon itu boleh memberi kesan terhadap kesihatan iaitu menurunkan hormon testosteron, tetapi meningkatkan hormon estrogen (hormon wanita) dalam kalangan lelaki.
Sepatutnya paras hormon estrogen rendah pada lelaki.
Baca juga: JAGUNG UNGU Secantik Warnanya, Kaya Manfaat Boleh Cegah Pelbagai Jenis Kanser!
3. Soya
Soya banyak digunakan dalam penghasilan makanan berasaskan kacang seperti kicap dan tau fu fa.
Walaupun makanan ini tidak menjejaskan penghasilan hormon testosteron, ia boleh menjadikan paras hormon estrogen pada lelaki sangat tinggi.
“Ketidakseimbangan hormon ini boleh memberi kesan kepada fungsi organ lelaki menjadikan mereka lemah tenaga batin,” katanya.
4. Gula tambahan
Ramai gemar mengambil sarapan bersama minuman bergula seperti teh tarik.
Makanan dan minuman bergula ini, selain menurunkan hormon testosteron atau meningkatkan hormon estrogen, ia juga boleh meningkatkan jumlah lemak tersimpan dalam badan, salur darah yang akhirnya menyebabkan paras kolesteral tinggi.
“Lipoprotein berketumpatan sangat rendah (VLDL) juga dikenali sebagai ‘triglycerides’, kebanyakannya berpunca daripada gula. Bagi mereka yang sudah melakukan ujian saringan darah dan kolesterol, boleh melihat profil lipid untuk mengetahui jenis dan jumlah kolesterol yang terkandung dalam darah.
“Rata-rata lelaki mempunyai masalah kelamin ini mempunyai paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik yang rendah,” katanya.
Baca juga: Orang Ada GASTRIK Bagus Ambil 7 Makanan Ini Tau, Rasa Lebih Lega~
5. Gula terproses daripada jagung (HFCS)
Makanan mengandungi HFCS, kebanyakannya terdapat dalam minuman tin dan jus buah-buahan terproses.
“Gula ini diperoleh daripada bertih jagung dan diproses. Banyak makanan terproses seperti biskut, kek, roti serta krim mempunyai kandungan tinggi bahan itu.
“Pengusaha industri makanan memilih menggunakan bahan ini untuk menjimatkan kos pengeluaran. Mereka hanya perlu menggunakan 20 gram (g) HFCS untuk mendapatkan kemanisan yang sama daripada penggunaan 100g gula biasa,” katanya.
Katanya, HFCS sangat manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Ia juga ‘musuh utama’ lelaki kerana menurunkan hormon testosteron.
Baca juga: Ramai Takut Ambil MSG Sebab Rambut Boleh Gugur, Ahli Kimia Sangkal Mitos Itu & Ini Faktanya!
Sumber: Harian Metro
FT Image: proactivemensmedical