Sihat

8 Petua Mujarab Rawat Masalah ULSER MULUT, Barulah Tak Pedih Kunyah Makanan!

13
SHARES
petua merawat ulser mulut

Ulser pada mulut memang boleh menyebabkan seseorang itu berasa kepedihan dan tidak selesa oleh kerana sukar untuk mengunyah makanan. Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini terdapat lapan petua merawat ulser mulut yang mudah dan berkesan, boleh anda cuba!

Jom lihat petua merawat ulser mulut yang dikongsikan oleh Puan Leha Yusuf di bawah.

Baca juga: Selalu Ada Dalam Spageti, Rupanya Daun Lemuju (Oregano) Boleh Jadi Ubat Batuk!

PETUA MERAWAT ULSER MULUT

petua merawat ulser mulut

Gambar: freepik

8 cara menghilangkan ulser mulut dengan cepat dan berkesan

Ulser kalau menyerang memang boleh buat mood swing seharian kan. Bukan apa payah nak makan, pedih yang amat bila dah pecah.

Kak Ya tak boleh kurang air, memang comfirm ulser datang tanpa di undang. Ini Kak Ya kongsi petua dan juga cara nak rawat ulser ya. Jom baca sesama.

1. Tuamkan dengan uncang teh

  1. Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.

Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

2. Gel aloe vera

Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

Baca juga: Ramai Tak Tahu Minum Air Rendaman Kacang Bendi Boleh Turun Kolesterol, Ini Petua Mujarab!

3.Baking soda

Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau,

  1. Boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika.
  3. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.

4. Garam

  1. Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat.
  2. Ulangi 2-3 kali sehari.

Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, ia membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

Baca juga: Ikuti 10 Petua Berkesan Hilangkan Dengkur, Baru Lah Pasangan Tak Keluar Bilik!

5. Madu

petua merawat ulser mulut

Gambar: Google

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.

  1. Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut.
  2. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

6. Minyak vitamin E

  1. Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser.
  2. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.

Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

7. Kumur larutan antiseptik

Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.

8. Sapukan gel oral

Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.

Ada lapan cara yang berbeza, korang boleh la cuba salah satu ya. Petua mudah daripada Kak Ya Leha Yusuf.

Baca juga: Dr. Pesan Cakap Pada Barber Jangan Buat ‘Kruk Kruk’ Di Leher, Bahaya!

Sumber: Leha Yusuf

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×