Sihat

Dr. Pesan Cakap Pada Barber Jangan Buat ‘Kruk Kruk’ Di Leher, Bahaya!

9
SHARES
sakit leher

Sakit leher adalah perkara biasa yang berlaku disebabkan pelbagai punca. Antaranya adalah ketegangan otot akibat aktiviti seharian atau cara hidup seseorang.

Disebabkan itu, ada antara mereka yang gemar membuat bunyi ‘kruk kruk’ yang kuat pada leher belakang kerana ingin cuba melegakan ketidakselesaan itu. Menurut Doktor Erna Nadia, anda perlu berhati-hati ketika melakukan hal tersebut kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan pada tulang belakang seperti mengalami slip disc.

Jadi, apa nak buat kalau sakit leher? Ikuti perkongsian beliau di bawah!

Baca juga: Wanita Mudah & Cepat Rasa ‘Ghairah’ Bila Haid Nak Datang, Ini 5 Sebabnya!

SAKIT LEHER

sakit leher

Sementara merehatkan betis yang masih tegang akibat cramps tadi, saya terjumpa ini (gambar atas).

Berhati hatilah ya pada yang suka suruh atau buat ‘kruk kruk’ dekat leher belakang tu, because you never know the long term effect of doing that can cause harm to your spine (kerana anda tidak pernah tahu kesan jangka panjang melakukannya boleh menyebabkan kemudaratan kepada tulang belakang anda).

Tulang belakang yang belah atas itu, lebih perlu dijaga. Sebabnya kalau dah kena slip disc atau joint di situ menjadi sempit atau terkeluar, anda akan sakit sehingga bila-bila sehingga boleh menyebabkan masalah kronik lain. Antaranya seperti darah tinggi, tekanan dalam kepala naik, kebas tangan malah ada yang boleh terganggu fungsi tangan, bahu dan kepala.

Baca juga: 7 Punca SENDAWA Berbau Busuk Macam Telur Tembelang, Orang Ada GERD Kena Waspada!

Jika pergi kedai gunting rambut dan pusat urut…

Jika ke kedai gunting rambut, pesan siap-siap pada barber itu untuk tidak buat kruk kruk di leher. Dia sepatutnya hormat permintaan anda kerana anda pelanggan.

Sama juga jika pergi urut, boleh minta perkara yang sama. Jangan kacau bahagian leher dengan kruk kruk tu. Bahaya sangat.

Cara untuk melegakan sakit leher

  1. Jika berasa lenguh atau sakit leher, belajar cara senaman yang betul untuk betulkan otot atau regangkan ligamen-ligamen di situ.
  2. Jika lenguh terlalu kerap berlaku atau bertukar menjadi sakit atau kebas pada tangan, sila dapatkan pemeriksaan yang betul dengan doktor. Elakkan secara online.

Jika tidak selesa, cubalah cari punca untuk kita rancang langkah seterusnya untuk selesakan ia. Dr Erna Nadia.

Baca juga: Tak Tahu Pula Rendam Dalam Air Rebusan POKOK SEMALU, Boleh Rawat Ruam & Kurap Air!

Sumber: Erna Nadia

FT Image: freepik / timesofindia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×