Sihat

Kepala Kerap Sakit Di Sebelah Kiri, Ambil Tahu Punca Ini

6
SHARES
sakit kepala sebelah kiri

Sakit kepala sebelah kiri boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan sebenar. Walaupun ia agak sukar untuk mengetahui punca sebenar sakit kepala itu terjadi.

Namun, dengan mengetahui lokasi sakit kepala yang berlaku boleh menjadi satu petunjuk untuk mengetahui masalah sebenar yang berlaku. Oleh itu, buat makluman pembaca artikel ini akan menerokai maklumat simptom, punca dan rawatan untuk sakit kepala di sebelah kiri. Mari teruskan pembacaan!

Baca juga: Jangan Buat Main & Dibiarkan Sahaja Mata Kering, Boleh Ada Komplikasi Tau!

SAKIT KEPALA SEBELAH KIRI

sakit kepala sebelah kiri

Sekitar 50% orang dewasa di seluruh dunia mengalami gangguan sakit kepala. Secara amnya, doktor mengklasifikasikan sakit kepala sebagai “utama” atau “sekunder.”

Bagi seseorang yang mengalami sakit kepala primer, gejala utamanya adalah berasa sakit. Sakit kepala sekunder pula berpunca daripada masalah kesihatan lain, seperti:

  • tumor otak
  • strok
  • jangkitan

Sakit kepala yang timbul boleh berlaku di mana-mana lokasi, termasuk sebelah kiri.

PUNCA SAKIT KEPALA SEBELAH KIRI

Sakit kepala di sebelah kiri boleh menyebabkan kesakitan secara umum atau di tempat tertentu, seperti di belakang mata kiri. Memahami puncanya boleh membantu seseorang merawat kesakitan dengan berkesan.

1. MIGRAIN

Migrain boleh menyebabkan sakit kepala pada level sederhana hingga teruk di sebelah kiri. Sakit kepala migrain rasa berdenyut dan lebih teruk di sebelah bahagian.

Kesakitan mungkin bermula di sekitar mata atau pelipis, kemudian merebak ke seluruh kepala. Beberapa gejala migrain lain termasuk lah:

  • penglihatan berubah kabur
  • pening dan muntah
  • sensitif yang melampau kepada bunyi, cahaya, sentuhan atau bau
  • kebas atau rasa kesemutan di muka atau bahagian kaki

Migrain biasanya berlangsung selama 4–72 jam. Anda perlu berbaring di dalam bilik yang gelap dan berehat sehingga gejala hilang.

Migrain boleh dicetuskan oleh:

  • Tekanan.
  • Makanan tertentu seperti alkohol, keju dan coklat.
  • Tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  • Cahaya terlampau terang.
  • Bau kuat seperti minyak wangi.

2. SAKIT KEPALA BERKELOMPOK

sakit kepala sebelah kiri

Sakit kepala berkelompok boleh menyebabkan sakit teruk pada sebelah kepala yang selalunya berlaku di sekeliling mata. Kesakitan boleh menjadi sangat teruk dan mungkin terasa tajam, terbakar atau menusuk.

Apabila berlaku, ia cenderung timbul dalam selama 4-12 minggu, kemudian berhenti dan akan berlaku selama beberapa tahun. Sakit kepala berkelompok selalunya pada bahagian yang sama setiap kali rasa sakit.

Ciri umum termasuk:

  • Sakit di belakang sebelah mata, satu pelipis, atau sebelah dahi.
  • Ia bermula pada waktu malam, biasanya 1-2 jam selepas tidur.
  • Rasa sakit yang memuncak selepas 5-10 minit.
  • Kesakitan teruk yang berlangsung 30-60 minit.
  • Sakit kurang sengit yang mungkin berterusan sehingga 3 jam.

Gejala yang berkaitan termasuk:

  • hidung tersumbat atau berair.
  • Kelopak mata yang terkulai.
  • Berair dan kemerahan pada sebelah mata.
  • Muka memerah atau berpeluh.

Sakit kepala ini dipercayai melibatkan bahagian otak yang dipanggil hipotalamus.

3. CERVICOGENIC

Sakit kepala jenis ini boleh disebabkan oleh kecederaan pada leher, seperti whiplash atau arthritis atau perubahan lain pada vertebra di bahagian atas tulang belakang.

Ia boleh menyebabkan:

  • Kesakitan sederhana hingga teruk yang bermula di leher dan merebak ke mata dan bahagian sebelah muka.
  • Leher kaku dan julat pergerakan yang berkurangan
  • Sakit di sekitar mata, leher, bahu, dan lengan
  • Loya
  • Penglihatan kabur
  • Sensitiviti kepada cahaya dan bunyi

Suntikan steroid dan ubat anti-radang bukan steroid, seperti ibuprofen (Advil), boleh membantu menguruskan kesakitan. Dengan rawatan, sakit kepala servikogenik sepatutnya hilang dalam masa 3 bulan walaupun ia mungkin berulang.

PUNCA-PUNCA LAIN:

  • Vaskulitis
  • Aneurisme otak

RAWATAN

Ramai orang boleh merawat sendiri sakit kepala dengan ubat tanpa preskripsi dan rehat. Anda juga boleh lakukan beberapa langkah berikut yang boleh membantu mencegah beberapa jenis sakit kepala:

  • Menguruskan atau menjauhkan diri dari tekanan.
  • Mempunyai pola tidur yang teratur.
  • Mengelakkan trigger yang dikenal pasti sakit kepala.

Doktor mungkin memberikan ubat penahan sakit yang lebih kuat untuk kesakitan yang teruk.

KESIMPULAN

Sakit kepala di sebelah kiri mungkin disebabkan oleh migrain, vaskulitis, sakit kepala kelompok atau jenis lain. Selalunya, seseorang boleh merawat sakit kepala di rumah dengan ubat-ubatan tanpa preskripsi dan berehat.

Walau bagaimanapun, jika sakit kepala berlaku dengan penglihatan kabur, loya, atau sebarang gejala lain yang menyebabkan kebimbangan, dapatkan rawatan perubatan.

Malah, sekiranya seseorang mengalami sakit kepala teruk secara tiba-tiba dan lemah pada satu sisi badan atau kekeliruan, mereka memerlukan rawatan kecemasan.

Sumber: Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×