Sihat

Selalu Sakit 2 Minggu Sebelum Period, Rupanya 7 Tahun Alami Ovulation Pain

2
SHARES

Bukan mudah menjadi seorang wanita yang telah masuk ke fasa kehidupan ‘dewasa’. Ada sebahagian wanita, setiap bulan akan menderita dengan sakit senggugut atau ‘period pain’. Tahap kesakitannya pula bergantung kepada individu yang mengalaminya.

Namun buat pesakit wanita ini, dia telah menderita selama 7 tahun kerana sering kali berasa sakit setiap kali menjengah pertengahan bulan iaitu dua minggu sebelum datang period, sehingga meninggalkan kesan trauma dan fobia kepadanya. Jom, baca penerangan dari Doktor Muhammad Izzat mengenai sakit pertengahan period ini.

Baca juga: Doktor Pesan Hati-Hati Beli Produk ‘Claim’ Miss V Boleh Wangi, ‘Scam’ Perubatan Terbesar!

RUPANYA 7 TAHUN WANITA ALAMI OVULATION PAIN

7 tahun.

Dengan wajah sugul, seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 20-an memasuki bilik konsultasi Doktor.

“Assalamualaikum Balqis Sofeeya (bukan nama sebenar). Nak panggil apa ni. Balqis ke sofeeya?”

“Memana pun boleh Dr. Balqis boleh, Sofeeya pun boleh. Tak kisah pun.”

Di sebalik mask tu, boleh nampak beliau tersenyum, mata mula mengecil.

“Saya panggil Sofeeya la kan. Sedap sikit.”

“Apa yang I boleh tolong you Sofeeya today?”

“Saya buntu sebenarnya Dr. Setiap kali pertengahan bulan, lebih kurang 2 minggu sebelum period nak datang saya dah mula trauma dan fobia. Sakitnya bukan kepalang, hidup saya dah bergantung pada painkiller. Walaupun berakhir dalam 2-3 hari, tapi saya dah tak sanggup.

“2 minggu sebelum datang period awak sakit? Biasanya kat bahagian mana sakit tu?”

“Kekadang belah kanan, kekadang belah kiri. Tak menentu. Sakitnya bagaikan ada orang merentap ovari saya. Serius, kehidupan saya terganggu.”

“Dah berapa lama sakit tu.”

“Lama Dr. Sejak umur saya masuk 20-an. Lebih kurang 7 tahun lamanya. Selama 7 tahun tu pelbagai Dr. saya dah jumpa (lebih dari 15 orang), semuanya berikan jawapan yang sama. Semuanya kata normal. Ada yang suggest saya kahwin cepat. Saya sampaikan dah putus harap. Takda penyelesaian.”

Melalui penceritaan beliau, sememangnya sedang desperate dan memerlukan pertolongan. Saya periksa bahagian abdomen, periksa kencing untuk rule out urinary tract infection, buat permeriksaan scan, ternyata segalanya normal.

DINAMAKAN MID-CYCLE OVULATORY PAIN (MITTELSCHMERZ)

Gambar hiasan: CNALifestyle

Disimpulkan sakit pertengahan period ni iaitu 2 minggu sebelum datang period dinamakan mid-cycle ovulatory pain (Mittelschmerz). Disebabkan kehidupan beliau terganggu dan kualiti hidup terjejas, kesihatan mental pun sama terjejas jadi saya decide untuk mulakan pil hormon untuk beliau.

Asas perubatan ginekologinya, Mittelschmerz terjadi bila ovulasi berlaku pada seseorang wanita. Boleh terjadi pada belah kiri atau bahagian kanan.

Bergantung kepada telur (ovary) mana yang mengalami ovulasi tu dan biasanya terjadi pada pertengahan bulan. Biasanya dalam sehari dua.

Kalau teruk sangat dan asyik bergantung pada ubat tahan sakit, ada next step of treatment iaitu pil hormon. Dengan pemberian pil hormon, pil ni akan merencat ovulasi dan Mittelschmerz ini akan beransur hilang.

“SAYA HAPPY DOKTOR…” 3 BULAN KEMUDIAN!

Gambar hiasan: iStock

3 bulan kemudiannya, pesakit datang semula untuk follow up,

“Saya happy sangat doktor, takda lagi penderitaan saya pada pertengahan bulan. Bagus betul. Kehidupan saya dah berubah, dah ok.”

Alhamdulilah. Kekadang, bila kita rasa perkara tu sebenarnya remeh, tapi bila kita bagi pertolongan walaupun sedikit sebenarnya dapat membahagiakan orang lain.

BERTABAHLAH WAHAI KAUM HAWA, ANDA KUAT!

Menjengah ke ruangan komen, ternyata sangat-sangat sakit buat wanita sewaktu menghadapi kesakitan senggugut. Jadi, jangan lupa sentiasa berikan mereka kekuatan dan hargailah insan bernama wanita.

Sumber: Facebook Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×