Cantik

Ada 5 Tips Bila Anda Sakit Tengkuk & Lenguh-Lenguh, Baru Lega Otot Leher!

4
SHARES
tips sakit tengkuk

Kekejangan tengkuk yang berlaku boleh menyebabkan kesakitan pada leher sehingga memberikan ketidakselesaan dan mengganggu tugas seharian seseorang itu. Justeru itu, terdapat beberapa tips sakit tengkuk seperti melakukan senaman regangan yang dikongsikan Public Health Malaysia.

Melakukan senaman regangan merupakan cara yang terbaik untuk melegakan kesakitan. Hal ini kerana, ia mudah untuk mengendurkan otot. Mari lihat tips di bawah!

Baca juga: Nak Elak Alami PCOS? Betulkan Insulin Resistance Dulu Dengan Beberapa Langkah Ini!

TIPS SAKIT TENGKUK ATAU LENGUH

tips sakit tengkuk

Adakah anda pernah alami kekejangan tengkuk sehingga sakit leher dan sakit kepala?

Kekejangan leher berlaku apabila otot di leher anda tiba-tiba menegang tanpa kawalan anda. Situasi ini adalah menyakitkan dan sangat menggangu aktiviti harian.

Walaupun menyakitkan (pada peringkat awal), cara terbaik untuk melegakan kesakitan adalah melakukan senaman regangan. Jika tidak buat senaman regangan ini, otot sukar untuk dikendurkan.

Selain itu, mengurut, mengambil ubat tahan sakit dan meletakkan pek ais dapat membantu untuk melegakan kesakitan.

TIPS TENGKUK SAKIT ATAU LENGUH

CARA 1:

tips sakit tengkuk

  1. Gerakkan lengan anda ke belakang, rapatkan tulang belikat.
  2. Tahan selama 10 saat.
  3. Kembali ke kedudukan permulaan.
  4. Ulang 5 kali.

CARA 2:

tips sakit tengkuk

  1. Baring di atas gulungan tuala.
  2. Pusingkan kepala anda ke kanan, dan tahan selama 15 hingga 30 saat.
  3. Pusingkan kepala anda ke kiri, dan tahan selama 15 hingga 30 saat.

CARA 3:

tips sakit tengkuk

  1. Berbaring di atas lantai dengan tuala yang digulung di bawah leher anda.
  2. Perlahan-lahan bawa dagu anda ke hadapan leher anda.
  3. Tahan kiraan 6, dan kemudian berehat sehingga 10 saat.

CARA 4:

tips sakit tengkuk

  1. Duduk di kerusi yang kukuh atau berdiri tegak.
  2. Tundukkan kepala anda ke hadapan.
  3. Tahan selama 15 hingga 30 saat, kemudian kembali ke posisi permulaan anda.

CARA 5:

tips sakit tengkuk

  1. Duduk di posisi tegak, letak tangan kanan anda di sebelah kiri kepala anda.
  2. Perlahan-lahan gerakkan kepala anda ke arah bahu kanan anda.
  3. Kekalkan regangan pada masa yang diperlukan dan kemudian kembali ke kedudukan permulaan.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×