Sihat

Bila Jumpa Sarang ANGKUT-ANGKUT Jangan Buang, Dipercayai Merawat Kanser, Ini Petuanya!

7
SHARES
sarang angkut-angkut

Angkut-angkut atau dikenali sebagai Potter wasps ialah kumpulan lebah dari keluarga Vespidae (dulu keluarga Eumenidae). Di mana, sifat semula jadinya suka mengangkut tanah disekelilingnya untuk dijadikan sarang. Menariknya, di dalam perubatan Melayu tradisional, sarang angkut-angkut digunakan untuk merawat kanser.

Disebabkan itu, orang dulu tidak akan membuang sarang angkut-angkut ini apabila ia bersarang di rumah. Melalui perkongsian petua Puan Ana Mahabu, tanah dari sarang angkut-angkut dan daun semalu akan dicampurkan sebelum disapukan pada tempat kanser. Jadi, mari ikuti cara-cara penyediaannya di bawah!

Baca juga: Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!

SARANG ANGKUT-ANGKUT & DAUN SEMALU RAWATAN PENYAKIT KANSER

sarang angkut-angkut

Gambar: MarkBerkery

Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Allah kerana aku telah dipertemukan seseorang yang memberi tahu rawatan penyakit kanser. Kini, ia semakin susut semoga Allah mengizinkan Ana Mahabu kongsikan bagi yang mermerlukan.

Rawatan dan ubat pesakit kanser yang Allah telah turunkan pada kita paling mujarab Insha Allah. “Setiap penyakit yang Allah SWT berikan pasti ada ubatnya”.

Sarang angkut-angkut dan daun semalu penawar kanser

Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang akan khasiat sarang angkut-angkut dan daun semalu. Selalunya disia-siakan begitu saja tanpa dimanfaatkan. Sebenarnya, dua benda ini boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit terutama kanser.

Baca juga: Petua Perubatan Melayu Tradisional Guna Kulit Pokok Mengkirai Rawat SAKIT SENDI, Mujarab!

Petua Penawar Kanser

Bahan dan cara penyediaan:

  • Tanah sarang angkut-angkut
  • Daun semalu
  • Air zam-zam

1. Cari sarang angkut-angkut (yang dipilih dari tanah yang terbaik oleh angkut-angkut). Buang semua telur dan anak angkut-angkut. Ambil tanahnya sahaja.

2. Seterusnya, ambil daun semalu (daun semalu dapat mengecutkan sel kanser). Lurutkan dan ambil daunya dari 13 tangkai (biasanya dalam kiraan ganjil).

3. Tumbuk lumat di dalam lesung batu yang telah dibersihkan (Jangan dikisar kalau nak berkat kena rajin ya tumbuk). Sewaktu menumbuk jangan bercakap tapi banyakkan selawat.

4. Kemudian gaulkan dengan tanah sarang angkut-angkut.

5. Masukkan 1 sudu air zam-zam dan gaul dengan campuran tersebut.

6. Baca al-Fatihah ayat Kursi dan surah-surah di bawah:

  • Surah Al-Baqarah ayat 22, “Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.”
  • Surah Al-Anbiya ayat 83, “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”
  • Surah Al-Hasyr ayat 21, “Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”

7. Sapukan pada tempat bengkak atau kanser tersebut. Jika barah itu di dalam, ambil syarat sapukan di luar bahagian yang terkena kanser tadi. Sakit beguk atau bengkak beruk dan sakit gout yang bengkak sendi (urin kapur) juga boleh guna kaedah yang sama.

Wallahu a’lam.

“Sesungguhnya penyakit itu menghapuskan dosa-dosa kita sewaktu sihat”

Ikhlas dari saya, Ana Mahabu.

Baca juga: Minum Air Petua Ini Untuk Rawat Masalah HIDUNG TERSUMBAT, Terus Boleh Bernafas!

Sumber: Ana Mahabu / AnimHosnan

FT Image: wikipedia / lifeonlalune

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×