Kahak merupakan bahagian normal sistem pernafasan dan mempunyai warna seperti jernih, kuning atau hijau yang dianggap berkemungkinan selamat untuk menunggu beberapa hari atau minggu sebelum berjumpa doktor. Jadi, dalam tempoh waktu menunggu itu apa kata anda mencuba 10 jenis petua hilangkan kahak secara semula jadi seperti di bawah.
Baca juga: “Aduh, Pedihnya!”- Ini Punca Kencing Rasa Panas Semacam, Rawat Segera!
PETUA HILANGKAN KAHAK

Gambar: The Diagnosa
1. Wap suam
Petua hilangkan kahak boleh dilakukan dengan wap suam. Kaedah ini dianggap berkesan malah boleh melegakan pernafasan akibat kahak yang degil. Anda juga boleh bergantung pada wap daripada sup ayam atau teh panas.
2. Minum air suam
Minum air suam boleh menjadi salah satu cara untuk menghilangkan kahak dengan cepat. Hal ini kerana, air suam mampu mencairkan kahak yang tersumbat di saluran pernafasan.
3. Kumur air garam
Selain membantu meredakan sakit gigi, air garam juga didakwa berkesan dapat mengeluarkan kahak yang mengganggu tekak. Kaedah ini malah boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak.
Cara-caranya:
- Campurkan tiga perempat sudu teh garam dengan air suam
- Berkumur selama 30 hingga 60 saat dengan kepala menghadap ke atas
- Lakukan secara rutin jika masih diperlukan
4. Minyak kayu putih
Petua seterusnya untuk mengeluarkan kahak adalah dengan menggunakan minyak kayu putih. Minyak ini mempunyai khasiat yang sangat baik untuk mengeluarkan kahak yang sukar untuk keluar.
- Sapukan minyak kayu putih pada dada untuk membantu mencairkan kahak yang tersumbat di saluran pernafasan
5. Makan makanan pedas
Mungkin cara membuang kahak ini agak pelik kerana ia boleh memburukkan lagi sakit tekak. Namun, makanan pedas yang mengandungi capsaicin boleh membantu mengeluarkan kahak dan membersihkan resdung buat sementara waktu.
Baca juga: 5 Langkah Nak Pakai Kondom Wanita, Pancut Pasti Tak Tembus & Elak Penyakit Kelamin!
6. Madu

Gambar: prostooleh
Madu yang merupakan ramuan semula jadi ini terkenal dengan banyak manfaatnya kerana ia mempunyai ciri anti-radang dan antibakteria. Orang yang sakit dan terasa berketul di tekak akibat kahak, boleh menyedut wap air suam bercampur madu.
Menurut kajian, madu adalah cara untuk mengeluarkan kahak dan boleh mengurangkan penyempitan bronchial.
7. Halia
Petua seterusnya untuk hilangkan kahak adalah menggunakan halia. Bahan ini dikatakan sebagai ubat cair kahak semula jadi, malah mudah didapati di mana-mana sahaja.
- Anda cuma perlu campurkan halia yang dihiris ke dalam minuman suam.
8. Daun pudina (mint)
Daun pudina mengandungi mentol yang berguna untuk mengurangkan pengeluaran kahak dan mencairkannya dengan cepat.
- Caranya ialah dengan mencampurkan daun pudina ke dalam minuman hangat seperti teh.
9. Lobak
Selain digunakan sebagai bahan makanan, lobak juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengeluarkan kahak yang tersumbat di dalam tekak. Malah, lobak didakwa berkesan untuk mengatasi sakit tekak dan menyembuhkan selsema dan batuk.
- Caranya adalah dengan menambah lobak ke dalam sup yang hangat.
10. Bawang
Bawang adalah pelincir kahak semula jadi kerana ia boleh berfungsi seperti ekspektoran dalam badan. Rempah dapur yang mudah didapati ini mengandungi sebatian ‘menjengkelkan’ yang boleh merangsang seseorang untuk batuk dan mengeluarkan kahak.
- Hanya perlu masukkan bawang cincang ke dalam sup yang hangat.
Kesimpulan
Biarpun kahak adalah sebahagian normal sistem pernafasan, ia tidak normal jika ia menjejaskan kehidupan seharian anda. Maka, anda dinasihatkan juga untuk sentiasa perhatikan simptom yang lain untuk melihat perkembangan penyakit anda.
Selain itu, walaupun kaedah dan bahan semula jadi tersebut didakwa selamat dan mudah didapati, anda juga masih perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut.
Baca juga: 7+ Kebaikan Telur Puyuh Orang Tak Sangka & Info Menarik Berkaitannya!
Sumber: Health Detik / Healthline
FT Image: benzoix