Sihat

5 Langkah Nak Pakai Kondom Wanita, Pancut Pasti Tak Tembus & Elak Penyakit Kelamin!

3
SHARES
cara memasang kondom wanita

Bukan sahaja lelaki, wanita juga mempunyai kondomnya sendiri. Ia bagi mengelakkan penularan penyakit kelamin atau mencegah kehamilan bagi yang belum bersedia untuk mempunyai anak. Maka dengan itu, anda perlu mengetahui cara memasang kondom wanita dengan betul.

Mungkin pada sesetengah wanita masih keliru dan ingin tahu cara memasang kondom wanita yang betul. Hal ini kerana, bentuknya berbeza dengan kondom lelaki, menjadikannya lebih rumit untuk dilekatkan pada alat kelamin wanita. Jadi, bagaimana cara menggunakannya? Mari ikuti perinciannya di bawah.

Baca juga: Hukum Suami Mengaku Bujang, Pasangan Berkahwin Kena Tahu!

CARA MEMASANG KONDOM WANITA

cara memasang kondom wanita

Gambar: freepik

1. Hati-hati buka bungkusan kondom

Pembungkusan kondom wanita perlu dibuka dengan berhati-hati kerana bahannya lembut. Jangan gunakan gigi atau kuku, kerana ini boleh mengoyakkan kondom wanita dan menjadikannya tidak boleh digunakan.

2. Gunakan pelincir

Sekiranya kondom wanita yang anda beli tidak “diselubungi” dengan pelincir, ia adalah idea yang baik untuk menyapu pelincir pada lapisan kondom. Ini boleh memudahkan untuk memasukkan kondom ke dalam vagina.

3. Masukkan ke dalam vagina

  1. Masukkan kondom ke dalam vagina dengan jari tengah dan ibu jari anda, seperti memasukkan tampon.
  2. Selepas itu, letakkan jari telunjuk anda di dalam kondom dan tolak kondom ke dalam vagina.
  3. Ingat, pastikan cincin luar kondom berada di luar vagina.
  4. Sekurang-kurangnya, ada satu inci dari cincin kondom yang berada di luar vagina. Ini akan memudahkan anda untuk mengeluarkannya semula selepas melakukan hubungan seks.

Jika anda tidak mahu tergesa-gesa, kondom wanita boleh dipasang lapan jam sebelum melakukan hubungan seks.

4. Bantu zakar masuk ke dalam kondom

  • Apabila kondom wanita dipasang dengan betul, bantu pula zakar agar boleh memasuki lubang kondom
  • Pastikan zakar tidak salah masuk
  • Selain itu, jangan biarkan kondom wanita tertekan sehingga masuk ke dalam vagina
  • Pastikan cincin bahagian luar kondom kekal di luar, supaya mudah ditanggalkan apabila hubungan seks berakhir

5. Cabut kondom dengan cermat

Putar cincin bahagian luar kondom untuk memastikan sperma kekal di dalam kondom apabila kondom dikeluarkan dari vagina.

Baca juga: 11 Manfaat Hubungan Intim Di Waktu Pagi, Lebih Tahan Lama & Bakar Kalori Lebih Banyak, WOW!

RISIKO MENGGUNAKAN KONDOM WANITA

cara memasang kondom wanita

Gambar: jcomp

Info tambahan buat para wanita, sama seperti kondom lelaki, sudah tentu kondom wanita mempunyai risiko yang mesti difahami sebelum digunakan. Apakah risiko menggunakan kondom wanita?

Jika digunakan dengan betul, kondom wanita mempunyai kadar kejayaan 95% dalam mencegah kehamilan yang tidak diingini. Namun, jika cara memasang dan menggunakannya masih salah, kadar kejayaan hanya 75-82%.

Perkara berikut boleh menyebabkan kondom wanita tidak berkesan:

  • Terdapat koyakan pada lapisan kondom wanita (ini boleh berlaku sebelum atau semasa hubungan seks)
  • Zakar telah menyentuh vagina terlebih dahulu sebelum kondom wanita digunakan
  • Terdapat kecacatan dalam pembuatan kondom
  • Sperma yang telah ditampung dalam kondom tertumpah apabila dikeluarkan dari vagina

Selain itu, kondom wanita mempunyai kadar kegagalan yang lebih tinggi daripada kondom lelaki. Ini bermakna masih terdapat kemungkinan anda boleh hamil atau dijangkiti penyakit kelamin, walaupun telah menggunakan kondom wanita.

Penggunaan kondom wanita juga boleh menyebabkan ketidakselesaan, rasa terbakar hingga kegatalan.

Kesimpulan

Sebelum menggunakan kondom wanita, adalah lebih baik berunding dengan doktor anda terlebih dahulu. Hal ini kerana, terdapat kes-kes tertentu yang menyebabkan sesetengah wanita tidak dibenarkan memakai kondom.

Maka, itu sahaja lima langkah memasang kondom wanita dengan betul yang perlu anda tahu. Semoga info ini berguna kepada wanita yang ingin menggunakannya sebelum melakukan hubungan seks.

Baca juga: Opss! Suami Geram Selalu Gigit Leher? Jangan Malu, Ini 9 Cara Hilangkan Cop Love Bite!

Sumber: Sehat Q

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×