Sihat

Opss! Suami Geram Selalu Gigit Leher? Jangan Malu, Ini 9 Cara Hilangkan Cop Love Bite!

83
SHARES
tips menghilangkan love bite

Gigitan atau ciuman cinta yang turut dikenali juga sebagai love bite merupakan satu perbuatan di mana individu mencium, mengucup dan menggigit leher pasangan untuk menghangatkan lagi hubungan di ranjang. Di mana, ia meninggalkan kesan bulat kemerahan atau hickey pada tubuh anda. Justeru itu, sama ada gigitan itu masih baru atau sudah beberapa hari ‘dicop’ di badan anda, mari ikuti tips menghilangkan love bite di bawah.

Baca juga: Ghairah Pada Area Bukan Alat Kelamin? Fantasi Sek* Seksa Batin Sendiri & Pasangan!

TIPS MENGHILANGKAN LOVE BITE

tips menghilangkan love bite

Gambar: jcomp

Menurut Cleveland Clinic, faktor kecederaan yang menyebabkan tanda hickey pada kulit, cenderung lebih kecil daripada kecederaan kulit yang lain. Oleh itu, tanda hickey biasanya mengambil masa yang agak singkat untuk hilang.

Dalam kes hickey yang ringan, parut cenderung hilang dengan lebih cepat. Malah sebenarnya, tidak ada cara segera dan mudah untuk menghilangkan tanda hickey di leher dalam masa yang singkat seperti beberapa minit atau sejam.

Dalam erti kata lain, proses penyembuhan memerlukan masa. Walaupun terdapat banyak petua mengenai cara menghilangkan kesan love bite dalam sekelip mata, tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini.

Apa yang boleh anda lakukan ialah merawat bekas love bite supaya tidak terlalu ketara dan mempercepatkan proses penyembuhan.

1. Tekan dengan sudu sejuk

Tips menghilangkan love bite yang pertama adalah lebih baik memampatkan dengan dengan ais atau sudu yang sejuk. Cara ini akan membantu memperlambatkan pengaliran darah dari kapilari yang rosak dan mampu mengecilkan saiz love bite.

  1. Letakkan sudu di frezeer selama 30 minit.
  2. Lalu, aplikasikan sudu sejuk tersebut di kawasan love bite pada tubuh.
  3. Biarkan selama 10 minit dan ulangi beberapa kali selama 48 jam pertama atau sampai lebam kelihatan samar.

Jika anda mempunyai air ais di dalam peti sejuk, boleh juga melakukan perkara yang sama dengan membasahkan tuala atau kain dengan air ais.

Lalu mampatkan di bahagian leher yang terdapat bekas love bite.

2. Gel lidah buaya (aloe vera)

Selain itu, lidah buaya boleh digunakan juga untuk menghilangkan love bite.

Menurut Alimentary Pharmacology & Therapeutics, gel lidah buaya dapat digunakan untuk mengurangkan lebam, keradangan, pembengkakan kulit dan kesakitan.

  1. Oleskan secara nipis gel lidah buaya pada kulit sebagai cara menghilangkan bekas ciuman di leher sebanyak dua kali sehari.
  2. Sekiranya, kulit anda berubah menjadi sensitif atau iritasi, hentikan penggunaannya.

3. Minyak pudina (peppermint)

Minyak pati ini diperbuat daripada mentol yang boleh membantu merangsang aliran darah semasa digunakan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Namun begitu, minyak pudina juga boleh merengsakan kulit. Jadi, anda perlu berhati-hati apabila menggunakannya.

  1. Anda perlu mencampurkan minyak pudina ini dengan minyak lain dalam nisbah 1 atau 2 titis minyak pudina kepada 15 titis minyak lain, seperti minyak jojoba atau badam.
  2. Setelah sebati, sapukan minyak pada bahagian love bite dan urut perlahan-lahan sebagai cara untuk menghilangkan kesan tersebut.
  3. Jangan terlalu tekan bahagian yang lebam kerana ia boleh memburukkan lagi keadaannya.

4.  Buah nanas

Cara menghilangkan love bite yang selanjutnya adalah menggunakan buah nanas. Nanas kaya dengan enzim yang dipanggil bromelain. Buah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bekas ciuman di leher.

Menurut laporan Biomedical Reports, bromelain berguna untuk mengurangkan rasa sakit dan kesakitan. Maka, apabila digunakan pada kulit ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan pembengkakan.

    1. Caranya juga mudah, anda hanya perlu kupas nanas.
    2. Kemudian lekatkan isi buah nanas pada kawasan love bite.
    3. Lakukan sebanyak 4-5 kali sehari, tetapi perhatikan jika kulit anda mengalami kerengsaan.

Ini kerana nanas adalah sejenis buah yang berasid dan kulit halus di bahagian leher boleh merengsa jika anda tidak mengambil berat penggunaannya.

Baca juga: Tidur Bawah Ketiak & Kentut Depan Pasangan Antara Tarikan Bermanja Hidup Suami Isteri!

5. Kulit buah pisang

tips menghilangkan love bite

Gambar: freepik

Salah satu khasiat kulit buah pisang adalah menghilangkan love bite. Kulit pisang mengandungi banyak vitamin, nutrien dan antioksidan, serta boleh memberi kesan menenangkan selain pada pada kulit.

  1. Anda boleh letakkan kulit pisang terus ke tempat love bite.
  2. Kemudian biarkan selama 30 minit atau sehingga kulit pisang berubah warna menjadi coklat.
  3. Lakukan 3 kali sehari sehingga bekasnya hilang.

6. Mampat dengan air suam

Tips seterusnya untuk menghilangkan love bite ialah anda boleh menggunakan air suam untuk meningkatkan peredaran di kawasan yang lebam akibat love bite.

Ini boleh menjadi cara untuk menghilangkan kesan ciuman pada leher dan bahagian badan yang lain dengan cepat.

  1. Lakukan ini pada hari ketiga, kemudian mampatkan dengan air suam atau tuala suam selama 10 minit.
  2. Ulangi cara ini beberapa kali dalam sehari.

7. Urutan ringan

Selanjutnya, ini juga merupakan cara menghilangkan bekas love bite di leher dan bahagian tubuh lain yang agak berkesan. Mengurut atau menggosok kawasan love bite secara perlahan selama beberapa minit setiap hari boleh menghilangkan ia dengan cepat.

Sentuhan ringan adalah kuncinya, mengenakan terlalu banyak tekanan sebenarnya boleh memburukkan lagi lebam.

8. Mentega koko (cocoa butter)

Mentega koko iaitu lemak yang berasal dari biji koko, adalah makanan utama dalam banyak penjagaan kulit. Ia juga boleh membantu menghilangkan love bite pada leher dan bahagian badan yang lain.

Dalam kajian bertajuk Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, mentega koko telah terbukti untuk melicinkan parut, stretch mark, kedutan dan tanda kulit yang lain.

Ini kerana mentega koko kaya dengan asid lemak dan fitokimia yang dipercayai membantu menyihatkan kulit, meningkatkan keanjalan, dan melambatkan penuaan.

  1. Sapukan losyen mentega koko di tempat love bite selama 1-2 hari untuk membantu proses penyembuhan.

9. Alat solek

Tips menghilangkan love bite yang terakhir adalah menggunakan alat solek atau make-up.

  1. Sapukan pelembap pada love bite.
  2. Kemudian, gunakan color corrector dengan tangan anda di kawasan tersebut dan.
  3. Gunakan sedikit foundation yang sesuai dengan warna kulit anda.
  4. Boleh gunakan concealer untuk perlindungan tambahan, tetapi jangan terlalu tebal.
  5. Pakai translucent powder menggunakan span untuk menjadikan solekan tahan lebih lama.
  6. Biarkan selama 5 minit sebelum dicampur dengan bronzer atau berus pemerah pipi.
  7. Semburkan setting spray dan solekan akan kelihatan lebih natural.

Kesimpulan

Sekarang ini, anda sudah pun tahu banyak tips menghilangkan love bite pada tubuh badan. Jadi, tidak lagi berasa risau sekiranya anda ingin keluar bersosial. Semoga ia membantu!

Baca juga: Nak ‘Bersama’ Tapi Takut, Ini 7 Posisi Intim Ikut Trimester Kehamilan, Haruslah Cuba Malam Ini

Sumber: orami.co

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×