Dapur

Petua Guna Daun Kari Atasi 6 Masalah Kesihatan, Sakit Makin Reda!

2
SHARES
khasiat daun kari

Terdapat pelbagai khasiat daun kari yang mungkin anda semua belum tahu. Daun kari bukan sekadar digunakan dalam masakan, tetapi boleh dimanfaatkan untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti penawar cirit-birit dan buasir.

Melalui perkongsian Leha Yusuf, terdapat 6 petua daun kari yang boleh dimanfaatkan bagi merawat masalah kesihatan yang anda alami seperti di bawah.

Baca juga: Tak Sangka KUNYIT HITAM Spesis ‘Rare’ Ini Kaya Dengan 11 Khasiat Untuk Tubuh!

KHASIAT DAUN KARI PADA MASALAH KESIHATAN

khasiat daun kari

Gambar: Getty Image/ Shutterstock

6 PETUA GUNA DAUN KARI

Kak Ya tak tanam daun kari tapi abang yang bagi. Subur sangat daun kari membiak. Selain daripada buat masak, banyak lagi kegunaannya.

Banyak juga petua yang boleh buat dengan daun kari ini. Jom kita tengok 6 petua guna daun kari.

Baca juga: Selain Ubat, Ada 5 Jenis Air Rebusan Untuk Rawat Sakit Pinggang Di Rumah!

1. Penawar cirit-birit dan buasir

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.

Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit-birit dan buasir.

Kajian pada tahun 2009 yang diterbitkan dalam Asian Journal Tropical Medical of Public Health melaporkan bahawa daun kari kaya dengan bahan laksatif anthraquinone. Bahan ini melegakan sistem peredaran usus untuk memudahkan pencernaan dan penyingkiran nyahtinja dari tubuh.

2. Loya dan pening

Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis yang digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening. Caranya:

  1. Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.

Daun kari juga berkesan dalam mengatasi:

  • masalah haid
  • penyakit gonorea (gonorrhea)
  • menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat wanita mengandung

Baca juga: 5 Khasiat Ulam Raja Ternyata Bagus Untuk Penyakit 3 Serangkai, Luar Biasa!

3. Diabetes

khasiat daun kari

Gambar: healthifyme

Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Ia boleh mengawal diabetes dengan kaedah ini:

  1. Rebus kulit batangnya yang kering.
  2. Minum airnya. 

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Dari segi penerangan saintifik terhadap petua tersebut, Singh dan rakan-rakan pada tahun 2014 mengulas mengenai khasiat daun kari yang membantu mengekalkan normoglycemia iaitu kandungan gula dalam darah.

Bahan mineral dalam daun kari mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin. Oleh itu, mereka menyimpulkan bahawa daun kari berpotensi sebagai antara bahan untuk membantu pengurusan pesakit diabetes.

4. Rambut panjang dan sihat

Bagi mendapatkan rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini.

  1. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
  2. Masakkan ia sehingga hangus.
  3. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut 

Ia untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

Baca juga: Ramai Kata Daging Ayam Kampung Lebih Sedap, Ini 11 Khasiatnya Perlu Tahu!

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.

  1. Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam.
  2. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak

Daun kari juga antara salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat luka atau lebam. Bagi mengurangkan lebam dan bengkak:

  1. Hancurkan daun kari.
  2. Jadikan seperti pes untuk ditampal pada bahagian yang tersebut.

Kandungan alkaloid yang tinggi dalam daun kari menerangkan kesan pemulihan dan rawatan ke atas gigitan serangga dan bengkak.

Banyak petua boleh buat guna daun kari ini. Banyak khasiatnya kan.

Baca juga: Cara Jaga Pesakit Baru Keluar Wad, Ini 7 Tips Berguna Saranan Doktor!

Sumber: Leha Yusuf

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×