Sihat

Cara Jaga Pesakit Baru Keluar Wad, Ini 7 Tips Berguna Saranan Doktor!

10
SHARES
penjagaan pesakit

Penjagaan pesakit yang baru keluar wad haruslah diberikan perhatian yang tinggi, selain dipantau rapi. Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, pesakit mungkin masih lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik.

Oleh itu, berikut ada 7 tips penjagaan pesakit yang baru dibenarkan keluar wad, terutamanya untuk pesakit kanak-kanak, warga tua atau pesakit kronik.

Baca juga: Ingat! Bila Anak Kecil Sakit Tekak Jangan Dibiar, Risau Dijangkiti Penyakit Ini

PENJAGAAN PESAKIT BARU KELUAR WAD

penjagaan pesakit

Gambar: freepik

TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD

Bagi pesakit yang baru dikeluarkan dari wad, berkemungkinan pesakit masih belum berkeadaan betul-betul sihat. Pesakit mungkin masih dalam lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik.

Mereka terpaksa dikeluarkan dari wad kerana kesesakan dalam wad dan memberikan peluang kepada pesakit lain untuk diberikan rawatan. Keadaan ini mungkin berlaku pada masa-masa tertentu akibat musim jangkitan virus seperti jangkitan virus influenza.

Bagi ahli keluarga yang menjaga kesihatan pesakit di rumah terutamanya pesakit kanak-kanak, warga tua atau pesakit kronik, ada beberapa tip yang boleh saya kongsikan ketika menjaga mereka di rumah.

Baca juga: Jenis Tandas Cangkung Atau Duduk, Mana Lebih Baik & Mudah Buang Air Besar?

Baca juga: 6 Tips Tahan Berak Bila Jalan Jauh, ‘Confirm’ Tak Tercirit Dalam Kereta!

1. Perhatikan demam pesakit

Perhatikan keadaan demam kerana pesakit mungkin mengalami demam boleh yang berulang. Dapatkan alat pengukur suhu badan dan periksa tiga kali sehari. Pagi, petang dan malam.

Tanda-tanda tidak baik ialah demam tinggi yang berterusan atau demam tinggi yang datang dan pergi. Bawa semula untuk pemeriksaan doktor.

2. Perhatikan keadaan pesakit

Selalunya pesakit masih lagi keadaan lemah, terutama kanak-kanak dan orang tua. Perhatikan keadaan mereka. Jika masih lagi tidak bermaya untuk 2-3 hari, ia adalah tanda yang tidak baik.

Sepatutnya apabila direhatkan di rumah, keadaan mereka bertambah baik. Tanda keadaan mereka semakin sembuh adalah mereka boleh bangun, pergi ke ruang tamu dan ke dapur dengan sendiri.

3. Pastikan pesakit boleh makan dan minum

Galakkan minum air kosong atau jus buah-buahan (bukan kordial). Makan makanan yang lembut tetapi penuh bernutrisi.

Jangan berikan bubur nasi kosong saja. Masukkan sedikit daging dan sayur yang dipotong halus. Berikan sedikit telur. Campurkan sedikit minyak zaitun.

Baca juga: Tiap Kali Naik Kenderaan Mesti Rasa ‘Mabuk’, Buat Petua Ini Mesti Elok!

penjagaan pesakit

Gambar: jcomp

4. Melegakan sembelit pesakit yang sentiasa baring

Masalah yang sering dihadapi oleh pesakit yang sentiasa berbaring di atas katil di wad ialah masalah sembelit. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.

Pastikan makan makan yang banyak serat, atau letakkan sedikit minyak zaitun dalam makanan untuk melegakan sembelit.

5. Kebersihan bilik dan pengudaraan yang baik

Pastikan bilik bersih dan ada pengudaraan. Jangan letakkan pesakit dalam bilik yang berselerak, kotor dan tiada pengudaraan.

6. Galakkan pesakit bergerak untuk yang semakin pulih

Jika pesakit semakin pulih, galakkan mereka bergerak di sekitar dalam rumah. Ini akan membantu mereka mempercepatkan perjalanan darah dalam tubuh.

7. Banyakkan minum air kosong jika tiada selera makan

Minum, minum dan minum lagi. Jika pesakit tiada selera makan, pastikan mereka minum air kosong. Elakkan minuman yang berkafein, manis dan banyak pewarna/perasa.

Pastikan air kencing mereka tidak pekat, berbau dan sedikit. Ini menunjukkan pesakit mengalami dehidrasi yang melambatkan proses penyembuhan.

Saya berdoa agar pesakit yang telah dibenarkan keluar wad, agar segera benar-benar sembuh.

Baca juga: TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: chormail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×