Famili

Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Mandikan Pesakit Terlantar/Bedridden, Tak Payah Bawa Ke Bilik Air

27
SHARES
penjagaan pesakit

Ternyata, tugas untuk menjaga orang sakit ini bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula kalau pesakit tersebut terlantar atas katil atau bedridden, cara penjagaan pesakit itu pun akan berbeza dan memerlukan pemerhatian yang lebih. Ini juga termasuk dengan proses memandikan pesakit, di mana sebenarnya anda tidak perlu bawa mereka ke tandas untuk dimandikan.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Alif (@alifr0z) telah menunjukkan cara bagaimana untuk memandikan pesakit yang terlantar di katil, tanpa membawanya ke bilik air. Sejak Jun 2022 lagi, dia mengambil keputusan untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit di atas katil dan telah mempelajari teknik-teknik penjagaan yang betul.

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

CARA PENJAGAAN PESAKIT TERLANTAR/BEDRIDDEN, SENANG JE NAK MANDIKAN

penjagaan pesakit

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang buat pertama kali perlu menjaga pesakit yang terlantar dan tidak perlu susah-susah membawa mereka untuk mandi di tandas ya.

Apa yang anda perlukan:

-2 baldi dan 3 kain kecil
-1 baldi air sabun biasa
-Letak 1 kain untuk baldi air biasa dan dalam baldi air sabun, serta tuala kering biasa untuk lap

Cara mandikan:

1.Pertama sekali, kita lap guna air sabun dahulu.
2.Kemudian, kita lap guna air biasa pula.
3.Kemudian, kita lap guna kain kering biasa untuk keringkan air.

penjagaan pesakit

Nak mulakan dari bahagian mana dulu?

1.Pertama sekali, sentiasa mulakan dari bahagian wajah atau kepala dahulu.

2.Kemudian, diikuti pula dengan kedua-dua belah tangan.

3.Kalau pesakit ada pakai pampers, boleh buka pampers dulu dan lap bahagian depan badan, kedua-dua belah kaki.

4.Penting untuk anda tahu bahawa, sebelum mandikan bahagian belakang pesakit pastikan tukar dulu pampers mereka. Lap bahagian sulit mereka menggunakan tisu badan, pusingkan badan dan tarik pampers lama untuk dibuang.

5.Kemudian, boleh lap-lap bahagian belakang badan pesakit menggunakan tuala basah tadi. Lakukan untuk belah kiri dan kanan badan.

6. Akhir sekali, baru cuci bahagian ketiak pesakit.

*Semoga bermanfaat dalam berbakti menjaga keperluan dan kehendak pesakit yang terlantar ini..

Video penuh:

@alifr0z Kalau buat dengan betul, mandikan atas katil pun boleh bersihkan dan segarkan orang tersayang! #caregiver #Bedridden #nurselife #adayinmylife ♬ Will to Live – Jacob Yoffee

Baca juga:Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!

Sumber: Tiktok @alifr0z

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×