Sihat

Tiap Kali Naik Kenderaan Mesti Rasa ‘Mabuk’, Buat Petua Ini Mesti Elok!

33
SHARES
naik kenderaan

Rasa ‘mabuk’ ketika menaiki apa jua kenderaan boleh terjadi kepada sesetengah orang. Apatah lagi, jalan yang dilalui terlalu banyak selekoh seperti ular kena palu. Jadinya, kalau tiada ubat untuk tahan rasa tidak selesa tersebut, boleh guna petua elak mabuk naik kenderaan dikongsikan Pengiran M. Nizam Rahman.

Nizam berkongsikan pengalaman dan petuanya ini, oleh kerana anak-anaknya dulu kerap rasa mabuk apabila naik kenderaan, terutamanya apabila terpaksa menempuhi perjalanan yang mencabar dari Kuching ke Mukah.

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

NAIK KENDERAAN ELAK ‘MABUK’

naik kenderaan

Gambar: pvproductions

Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.

Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat betul aku ‘drive’.

Kau pun mesti biasa jalan jauh begini kan? Dan pasti ada antara korang yang menghadapi masalah anak-anak mabuk kenderaan.

Bagi aku, aku dah siap-siapkan anak-anak aku dengan satu petua. Alhamdulillah, walaupun perjalanan jauh dengan melalui jalan yang separuh siap, anak-anak aku berjaya mengatasi mabuk kenderaan.

Kau tengok lah dekat gambar itu okay. Kalau kau rasa bermanfaat, sila kongsi. Aku izinkan.

Baca juga: Kenali 8 Masalah Kereta & Komponen Perlu ‘Repair’, Elak Ditipu Pekerja Bengkel!

Baca juga: TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

Petua elak rasa ‘mabuk’ naik kenderaan:

naik kenderaan

Gambar: Pengiran M. Nizam Rahman

  • Lada hitam
  • Sellotape
  1. Ambil beberapa biji lada hitam, beberapa sahaja okay. Jangan ambil segenggam pula.
  2. Letak elok-elok pada sellotape.
  3. Tampal pada pusat anak.
  4. Pastikan lada hitam itu tepat berada di lubang pusat.

Siap!

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

Sumber: Pengiran M. Nizam Rahman

FT Image: tawatchai07 / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×