Dapur

Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

41
SHARES
buah keras dalam masakan

Buah keras merupakan rempah dapur yang sering digunakan dalam masakan Asia. Ia mesti dibakar atau digoreng terlebih dahulu sebelum digunakan dalam masakan. Terdapat beberapa sebab mengapa buah keras dalam masakan mempunyai peranan yang penting.

Jadi, mari lihat beberapa fungsi buah keras dalam masakan menurut Alamama Resto di bawah ini.

Baca juga: Tips Sambal Tahan Lama Untuk Peniaga Kecil, Buat ‘Retort’ Cara Kampung Ini!

BUAH KERAS DALAM MASAKAN

buah keras dalam masakan

Gambar: Lia Mutiara Kharisma/Shutterstock

1. Pemekat semula jadi dalam masakan berkuah

Buah keras adalah pemekat semula jadi untuk hidangan berkuah seperti soto. Menggunakan buah keras akan menjadikan tekstur kuah tidak terlalu cair, dan teksturnya akan menjadi lebih pejal dan lebih tebal.

2. Penguat aroma pada masakan

Bagi menjadikan aroma lebih sedap dan menarik, buah keras boleh ditumis atau dibakar bersama bawang putih dan bawang merah. Hal ini kerana, buah keras sebenarnya bertindak sebagai penambah aroma yang lebih kuat dalam makanan.

3. Mengoptimumkan rasa masakan tumis

Lebih-lebih lagi untuk makanan yang ditumis, menggunakan buah keras (dipanggang) boleh memaksimumkan rasa makanan tersebut. Hal ini kerana, minyak buah keras yang keluar semasa proses memanggang membantu menambahkan keenakan makanan semasa proses memasak.

Baca juga: Resepi KUAH LAKSA UTARA ‘Portion’ Besar Buat Berniaga, Sesuai Untuk 500 Pax!

Baca juga: Resepi Kuah Puding Mangga Kastard 3 Bahan, Memang Ngam Rasa Lemaknya!

4. Menjaga konsistensi hidangan bersantan

Masak gulai sudah biasa menggunakan buah keras. Ini dapat dilihat dari fungsinya dalam makanan yang berkesan dan sesuai untuk mengekalkan konsistensi santan.

Jadi apabila dipanaskan, santan tidak pecah kerana kandungan dalam buah keras yang berfungsi mengikat isi santan.

5. Membantu rempah melekat pada bahan utama

Rupa-rupanya ini antara kegunaan buah keras yang berguna untuk membantu rempah lebih melekat (menyerap) pada bahan mentah masakan. Contohnya, ayam balado yang pasti akan menjadi hidangan yang lebih sedap.

Baca juga: Resepi MAKARONI GORENG Kaya Rasa & Mudah, Bila Pedas Lagi Sedap!

Sumber: Alamama Resto

FT Image: nyonyacooking / makankakiswithdenise

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×