Dapur

Resepi KUAH LAKSA UTARA ‘Portion’ Besar Buat Berniaga, Sesuai Untuk 500 Pax!

37
SHARES
resepi kuah laksa

Laksa merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapat serata Nusantara. Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan dan daun kesum, menjadikan keenakannya tidak terkata. Justeru itu, penulis ingin kongsikan resepi kuah laksa yang boleh dimasak untuk hidangan beramai-ramai.

Perkongsian resipi kuah laksa dari Akhmal Mustafa ini, bukan sahaja untuk buat makan bersama sekeluarga, malah boleh digunakan untuk membuat tempahan yang banyak dan berniaga!

Baca juga: Tips ‘FROZEN’ BUAH-BUAHAN Dari Pegawai Teknologi Pemakanan, Elok Je Tak Lebam!

RESEPI KUAH LAKSA

resepi kuah laksa

Gambar: Akhmal Mustafa

Memandangkan hangat kes isu kuah Laksa Tisu, Cik Kemal (CK) nak kongsi resipi CK sendiri untuk buat makan dan tempahan. CK halalkan untuk rakan-rakan kalau ada nak ambil resipi untuk berniaga.

Bismillah..

Baca juga: 3 Resipi INTI KUIH ROPA Yang Popular, Buat Semua Je Baru Banyak Pilihan!

KUAH LAKSA UTARA CIK KEMAL (500 pax)

Bahan-bahannya:-

  • Ikan kembung/Temenung 7kg*
  • Ikan sardin 7kg*
  • Belacan cap Tanjung Dawai @ Alor Ibus bulat ( separuh sahaja )*
  • Bawang besar – 20 labu*
  • 15 kuntum bunga kantan
  • 6 ikat daun kesum ( 3 ikat dikisar lumat )
  • Cili kering ( terpulang nak pedas level mana )*
  • Garam
  • Aji @ kiub pati ayam
  • Asam keping ( CK letak 4 peket )
  • 4 tin sardin ( kisar sekali kuah )*

Baca juga: Resipi LONTONG GORENG Enak, Jom Habiskan Stok Nasi Impit Yang Banyak Di Rumah!

Cara-caranya:-

  1. Kisar lumat bahan bertanda * kecuali ikan.
  2. Masukkan cili kisar ke dalam periuk, rebus dahulu sehingga mendidih untuk hilangkan rasa maung cili.
  3. Kemudian, kisar ikan yang sudah siap direbus SEKALI TULANG. Proses ini perlu sabar sedikit kerana perlu tapis berulang kali untuk dapatkan tekstur kuah yang sangat pekat likat.
  4. Apabila siap ditapis elok, kisar pulak sedikit daun kesum sehingga lumat dan satukan dalam periuk.
  5. Didihkan kuah dengan api sederhana, kisar pula sardin sekali kuah dan masukkan dalam kuah.
  6. Waktu ini kuah laksa akan menjadi lebih pekat. Boleh adjust tambah air mengikut tahap kepekatan anda suka.
  7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto atau kiub pati ayam.
  8. Apabila kuah mula mendidih, masukkan asam keping bersama taburan bunga kantan dan daun kesum.
  9. Masak kuah laksa sekali lagi sehingga terbit minyak di permukaan kuah.

Waktu memasak kuah laksa ini antara 30-40 minit mengikut kuantiti. Selamat mencuba kuah Laksa Utara Cik Kemal.

Baca juga: Cara Bakar Biskut Guna Kuali, Tak Ada Ketuhar ‘No Problem’ & Cantik Kejadiannya Tau!

Sumber: Akhmal Mustafa

FT Image: Akhmal Mustafa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×