Terdapat beberapa jenis tandas yang sering dilihat dalam pembinaan sebuah bilik air, iaitu sama ada tandas duduk atau tandas cangkung. Malah, ada juga rumah yang membuat kedua-dua jenis tandas ini sekiranya mempunyai lebih dari satu bilik air.
Namun, tahukah anda menurut Public Health Malaysia posisi mencangkung untuk membuang air besar adalah lebih baik berbanding posisi duduk. Sekali gus, ia mempengaruhi jenis tandas di rumah anda. Jadi, tatal hingga ke bawah untuk mengetahui fakta lanjut.
Baca juga: Ini 7 Kesan Mengerikan ASID SULFURIK Bila Terdedah Pada Tubuh Manusia!
JENIS TANDAS BUANG AIR BESAR

Gambar: Alo Dokter
Menurut Public Health Malaysia, posisi mencangkung adalah lebih baik untuk kesihatan berbanding tandas duduk.
“Posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan. Namun, ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk.”
Namun sekiranya, di rumah anda mempunyai tandas duduk terdapat cara yang betul untuk menggunakannya. Caranya adalah dengan meletakkan kerusi pendek di bawah kaki dalam keadaan seperti posisi mencangkung.
“Letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung. Jangan pula duduk mencangkung di atas tandas duduk! Rosak penutup tandas dengan kesan tapak kaki.”
Baca juga: Luar Biasa! Makan Nanas Rupanya Boleh Tingkatkan Reproduktif Lelaki
Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan yang ada pada tandas jenis mencangkung dan duduk:
Tandas mencangkung:
- Kurang meneran
- Najis dapat dikeluarkan sepenuhnya
- Kurang meneran
- Kurang risiko buasir dan sembelit
- Sukar untuk warga tua, wanita hamil dan obese
Tandas duduk:
- Mudah untuk warga tua, hamil dan obese
- Perlu meneran lebih
- Risiko sembelit dan buasir
- Najis tidak keluar sepenuhnya

Gambar: Public Health Malaysia
Selain itu, rajah juga menunjukkan tandas duduk yang memerlukan posisi duduk dilakukan akan menyebabkan otot mencekik sekeliling dubur.
Manakala, tandas mencangkung yang memerlukan posisi mencangkung akan meluruskan lubang dubur dan merehatkan otot yang mencengkam dubur.
Baca juga: 6 Kesan Kolesterol Tinggi Pada Kaki, Itu Yang Kaki Jadi Sejuk!
KAJIAN LAIN MENGENAI KELEBIHAN TANDAS CANGKUNG

Gambar: Impiana
Kenyataan tandas cangkung adalah lebih baik turut disokong dari laman Alo Dokter. Di mana, penggunaan toilet cangkung untuk membuang air besar lebih disarankan daripada tandas duduk.
Beberapa kajian mengatakan bahawa posisi mencangkung ketika membuang air besar adalah lebih berkesan dalam melancarkan proses pembuangan air besar. Ini berkait rapat dengan prestasi otot dan postur badan yang menyokong proses pembuangan air besar.
Posisi mencangkung berfungsi untuk mengoptimumkan ruang pembuangan najis dalam dubur sekaligus menjadikan otot di bahagian dubur dan usus besar lebih lega. Dengan cara itu, pembuangan air besar menjadi lebih mudah dan najis dapat keluar dengan lebih banyak.
Penyelidikan lain menunjukkan bahawa menggunakan tandas cangkung dapat membantu menjaga pergerakan usus sehingga mencegah kembung perut, sembelit dan buasir.
Sebaliknya, apabila duduk iaitu tandas duduk, otot saluran pencernaan akan menekan rektum dan menyempit saluran dubur. Ini boleh mengganggu kelancaran pembuangan air besar.
Baca juga: Ini Fakta Menarik Tentang KHUNSA, Manusia Istimewa Dilahirkan Dengan 2 Alat Kelamin!
Sumber: Public Health Malaysia / Alo Dokter
Baca juga: Impiana