Sihat

Ini Fakta Menarik Tentang KHUNSA, Manusia Istimewa Dilahirkan Dengan 2 Alat Kelamin!

10
SHARES
dua alat kelamin

Alat kelamin merupakan salah satu cara untuk memastikan jantina bayi yang dilahirkan, sama ada lelaki atau perempuan. Namun, ada juga kes manusia dilahirkan dengan dua alat kelamin yang dinamakan sebagai Khunsa. Di mana, kedua-dua alat kelamin wanita dan lelaki kelihatan pada tubuh seseorang itu.

Maka, disebabkan topik ini sedang mendapat perhatian masyarakat, Doktor Erna Nadia telah berkongsi dan mengeluarkan beberapa info menarik mengenai Khunsa untuk kefahaman semua.

Baca juga: Kenali ADHD, Tanda-Tanda & Rawatan Agar Anak Boleh Jalani Hidup Dengan Normal!

DUA ALAT KELAMIN (KHUNSA)

dua alat kelamin

Gambar: Dr. Erna Nadia

Setiap detik, ada sahaja bayi dilahirkan ke muka bumi ini. Alhamdulillah bertambah umat manusia. Ada yang sihat, ada yang diuji dan ada yang masih keliru jantinanya.

Bayi yang dilahirkan khunsa atau Ambiguous Genitalia ini bukan selalu berlaku. Jarang tapi ada. Jangan bersedih jika diuji begini. Syukur masih boleh makan minum dan hidup seperti orang normal.

Bayi yang dilahirkan dengan jantina yang meragukan ini dikatakan adalah disebabkan oleh DSD (Sexual Development Disorder). Kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah hormon.

Alat kelamin terbentuk tapi bukan seperti manusia normal yang mana jika lelaki kita tahu lelaki, jika wanita kita tahu wanita. Bagi kes khunsa, kedua dua alat kelamin wanita dan lelaki kelihatan.

Baca juga: Orang Lelaki Elok Makan Biji Labu Sebab Tingkatkan Kualiti Sperma, Juga 3 Khasiat Lain!

PEMBENTUKAN ALAT KELAMIN

Alat kelamin terbentuk melalui 3 cara asas ini:

1. Genetik

  • Ini berlaku sewaktu awal proses persenyawaan lagi, apabila sperma bercantum dengan ovum.
  • Wanita membawa gene XX, lelaki membawa gene XY.
  • Bila bergabung, genetik pun tercantum dan kita boleh lihat sama ada bayi itu bawa gene XX atau XY yang datang dari mak ayahnya. Kes normal, senang cerita.
  • Bila tak normal, sama ada XXX atau XXY atau apa sahaja, itulah yang kita kena siasat hingga ke akar umbi.

2. Alat kelamin

  • Jika ada penis dan testis, maka tahulah kita itu pastinya bayi lelaki.
  • Jika ada ovari, rahim dan vagina, maka tahulah kita itu bayi perempuan.
  • Yang buat kita keliru, bila ada keduanya sekali, yang inilah yang mesti kita siasat hingga je akar umbi juga.

3. Hormon

  • Selain dari itu, kita boleh juga mengetahui jantina melalui organ reproduktif dalaman seseorang iaitu melalui hormon.
  • Bagi wanita, hanya sedikit perubahan yang diperlukan untuk melihatkan faraj itu normal kerana vagina akan terus terhasil kemudian barulah ovari.
  • Bagi lelaki, lebih kompleks sedikit. Mula mula sekali pembentukan testis akan menghasilkan hormon testosterone (hormon lelaki). Makin power hormon ini, maka akan makin terlihatlah alat kelamin lelaki, iaitu penis. Awalnya saiz penis lebih kurang saiz clitoris saja tetapi bila hormone dihydrotestosterone (DHT) makin hebat, penis pun membesar dan nampak dengan jelas. Disebabkan itu, kadang-kadang waktu scan semasa hamil, boleh tersalah tengok. Lepas jadi penis, terbentuklah pula scrotum.

Semua proses ini berlaku seawal tiga bulan pertama semasa kandungan ibu. Subhanallah, hebatkan ciptaan Allah?

Simptom bayi yang ada masalah DSD akan memberi tanda-tanda seperti:

  1. Alat sulit yang tak nampak lelaki atau perempuan.
  2. Haid yang datang pada masa yang pelik, biasa bawah 18 tahun patut dah ada haid.
  3. Masalah dengan hormon atau garam mineral dalam badan.
  4. Hypospadias: keadaan di mana penis bukan di tempat biasa dan testis yang masih belum ada dalam scrotum.

Baca juga: Beza Panjang Zak** Abang Semasa Ereksi, Kenali Fenomena ‘Grower & Shower’!

PENYEBAB BERLAKU DSD (Sexual Development Disorder)

dua alat kelamin

Gambar: Dr. Erna Nadia

Biasanya diklasifikasikan berdasarkan gene dan alat kelamin.

1. 46XX DSD

  • Iaitu keadaan dalaman adalah perempuan (ovari semua normal) tapi faraj nampak lebih maskulin.
  • Ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak hormon lelaki di dalam badan.
  • Ianya boleh berlaku akibat keadaan seperti congenital adrenal hyperplasia, placental aromatese deficiency, hormonal medications dan maternal hormonal imbalances.

2. 46XY DSD

  • Alat kelamin lain memang nampak seperti lelaki dan ada testis tapi penis nampak tak berapa penis atau tak jelas.
  • Ini boleh disebabkan oleh masalah seperti testosterone biosynthesis defect, 5a-reductase deficiency, partial androgen insensitivity syndrome dan complete androgen insensitivity syndrome.

3. Disorders of gonadal differentiation

Keadaan di mana alat kelamin lelaki tidak sepenuhnya menjadi testis. Ada tiga keadaan iaitu:

  • Satu gonad masih pramatang, hanya satu yang jadi testis
  • Kedua-dua gonads jadi testis tapi ianya tak berfungsi seperti normal
  • Kedua-dua gonads mengalami pramatang dan tidak menjadi testis

4. Overtesticular DSD

  • Ini yang paling jarang di mana, di dalam gonads ada testis dan ovari.
  • Ada setengah kes sebelah ada testis, sebelah ada ovari.

Baca juga: 3 Risiko Cabut Gigi Bila Tekanan Darah Terlalu Tinggi, Nyawa Boleh Terancam!

CARA MENDIAGNOS

Jadi, macam mana nak diagnos ni? Rileks. Keadaan ini sudah lama dikaji dna terjadi pun.

Walaupun tidak mudah mana, tapi semasa bayi lagi sudah boleh didiagnos. Ada juga yang sehingga remaja baru tahu mana lebih dominan. Lelaki atau perempuan.

Antara ujian yang boleh dilakukan adalah:

  1. Pemeriksaan fizikal – Ini yang paling asas, lepas keluar sahaja doktor memang akan terus periksa bayi dari kepala sehingga ke kaki.
  2. Ujian darah untuk tengok jenis kromosom (genetik) dan paras hormon.
  3. Ultrasound atau ujian MRI untuk melihat organ dalaman.
  4. Ujian genitogram untuk melihat organ dalaman – Ini termasuklah x-ray dan ujian memasukkan catheter ke dalam ruang bukaan antara anus dan alat kelamin. Ini boleh menunjukkan sama ada urethra (lelaki) dan saiz faraj (jika ada). Ujian ini penting jika ada yang plan untuk buat pembedahan.
  5. Ujian biopsi –  Sel tisu dari gonads akan diambil dan dikaji.
  6. Paling jarang adalah gene probe studies.

Ujian-ujian dilakukan semasa bayi untuk membantu ibu bapa mengetahui jantina anak mereka.

Baca juga: Penyakit PSORIASIS Beza Dengan Ekzema, Sel Kulit Baru Lebih Cepat Terhasil Dari Orang Biasa!

ADAKAH IA MEMERLUKAN PEMBEDAHAN?

Adakah perlu bedah atau tidak, itu semua bergantung pada penilaian ujian yang dilakukan dan bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Doktor yang merawat akan berbincang dengan ibu bapa sendiri.

Contohnya:

  1. Jika bayi perempuan dengan masalah mild congenital adrenal hyperplasia, tak perlu bedah pun. Hormone therapy sudah mencukupi melainkan jika faraj tertutup atau masalah lain. Biasanya masalah ini selesai bila umur bayi 12-18 bulan.
  2. Kes bayi lelaki yang ada masalah hypospadias biasanya dirawat dengan pembedahan dan biasanya berjaya.

Bayi yang ada masalah DSD tapi mempunyai ovari yang normal, Insha Allah subur seperti wanita biasa. Bayi lelaki dengan satu testis juga Insha Allah subur.

Kesimpulan kata, biasanya masalah khunsa ini boleh diketahui mana yang lebih dominan sewaktu bayi lagi dan paling lambat pun bila remaja. Bila sudah remaja, lagi jelas kelihatan mana hormon yang lebih dominan.

Begitulah ceritanya. Bila sudah didiagnos lelaki maka lelakilah. Jika wanita, wanita lah dia. Jangan ubah, berdosa.

Baca juga: Dr. Pesan Pesakit EKZEMA Kena Kerap Sapu ‘Moisturizer’ Berbanding Krim Steroid, Sebabnya…

Sumber: Dr. Erna Nadia

Boleh baca:

1. Hukum pembedahan pertukaran jantina

2. Ambiguous (Uncertain) Genitalia

FT Image: FirstCryParenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×