Sihat

Kenali ADHD, Tanda-Tanda & Rawatan Agar Anak Boleh Jalani Hidup Dengan Normal!

1
SHARES
tanda-tanda ADHD

Tidak dinafikan, menjaga kanak-kanak yang menghadapi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah sangat mencabar. Tambahan, masalah ini tidak akan hilang dan berterusan sehingga individu tersebut meningkat dewasa. Melalui portal Doctor On Call, terdapat tanda-tanda ADHD yang senang untuk dikesan dan jelas dalam kanak-kanak dan remaja.

Jadi, mari ikuti penjelasan lanjut mengenai ADHD, tanda-tandanya dan rawatan seperti di bawah.

Baca juga: Orang Lelaki Elok Makan Biji Labu Sebab Tingkatkan Kualiti Sperma, Juga 3 Khasiat Lain!

TANDA-TANDA ADHD & RAWATAN

tanda-tanda ADHD

Gambar: fwsstudio

Definisi ADHD

  • ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) adalah gangguan jangka panjang disebabkan perbezaan dalam perkembangan otak dan aktiviti otak.
  • Ia dimanifestasikan dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang.
  • Masalah ini boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak tersebut di sekolah, tingkah laku serta dalam hubungan.

Jenis-jenis ADHD:

  1. Hiperaktif-impulsif: individu tersebut mengalami masalah hiperaktif-impulsif yang lebih dominan.
  2. Inattentive: individu tersebut mengalami masalah untuk fokus yang lebih dominan.
  3. Kombinasi hiperaktif-impulsif dan inattentive: kedua-dua dominan boleh diperhatikan dalam individu tersebut.

Baca juga: 5 Resipi Makanan Kucing Homemade Kaya Nutrisi Penting, Barulah Gebu Gebas Bulunya!

Tanda-tanda atau gejala ADHD:

  1. 1. Sukar untuk fokus
  • Mudah terganggu, pelupa, mengabaikan orang lain, tidak mengikuti arahan, tidak dapat menyelesaikan pekerjaan atau tugas di sekolah, kehilangan fokus, mempunyai masalah dengan keteraturan dan mengelak dari tugas yang memerlukan perhatian panjang.
  1. 2. Hiperaktif
  • Selalu nampak bersemangat, bercakap berlebihan, sukar untuk menunggu giliran, tidak dapat duduk tenang, menghentakkan tangan atau kaki, selalu gelisah, tidak dapat duduk untuk waktu lama, suka berlari atau memanjat di situasi yang tidak sesuai, tidak dapat bermain dengan tenang, sukar untuk bersantai, sering mengganggu orang lain dan selalu memberi jawapan sebelum habis soalan.
    1. 3. Impulsif
  • Kelakuan yang berisiko tanpa memikirkan akibat dari tindakannya.

Baca juga: 6 Jenis Minuman PUNCA Sakit Kepala, Jus Buah & Susu Termasuk Sekali!

Kemunculan ADHD pada golongan kanak-kanak & orang dewasa

tanda-tanda ADHD

Gambar: freepik

Kanak-kanak dan remaja:

  • Secara umun gejala bagi penyakit ADHD ini muncul sebelum usia 12 tahun dan boleh dikesan seawal 3 tahun lagi
  • Penyakit ini lebih senang dikesan dan jelas dalam kanak-kanak dan remaja

Orang dewasa:

  • ADHD sukar dikesan dalam orang dewasa
  • Ia tidak bermaksud penyakit ini menyerang hanya ketika individu tersebut dewasa namun, penyakit ini berlalu tanpa dikesan sejak dari kecil lagi
  • Dalam orang dewasa, hiperaktif berkurang, tetapi individu tersebut masih bergelut dengan masalah impulsif, kegelisahan dan kesukaran memberi perhatian
  • Selalunya individu dewasa tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah ADHD, namun mereka tahu mereka sering bergelut untuk menyempurnakan tugas seharian

Baca juga: 3 Risiko Cabut Gigi Bila Tekanan Darah Terlalu Tinggi, Nyawa Boleh Terancam!

Rawatan ADHD

  • Penyakit ini tidak ada penawarnya namun untuk terdapat rawatan untuk membantu menguruskan banyak gejala ADHD agar pesakit boleh menjalani hidup dengan normal.
  • Gabungan rawatan yang melibatkan ubat, pendidikan, latihan kemahiran dan kaunseling psikologi merupakan rawatan yang standard untuk penyakit ini dan yang paling berkesan.

1. Ubat-ubatan

  • Stimulan – seperti methylphenidate atau amphetamine. Ubat ini berfungsi dalam meningkatkan dan menyeimbangkan tahap bahan kimia (neurotransmitter) otak
  • Ubat-ubatan lain – bukan stimulan seperti atomoxetine dan antidepresi tertentu seperti bupropion

2. Kaunseling psikologi

Jenis psikoterapi biasa untuk ADHD termasuk:

  • Terapi tingkah laku kognitif (CBT) – kaunseling berstruktur ini mengajar kemahiran khusus untuk mengurus tingkah laku anda dan mengubah corak pemikiran negatif menjadi positif. Ini dapat membantu dalam menangani cabaran hidup, seperti masalah sekolah, pekerjaan atau hubungan, dan membantu mengatasi keadaan kesihatan mental yang lain, seperti kemurungan atau penyalahgunaan bahan.
  • Kaunseling perkahwinan dan terapi keluarga – bertujuan untuk membantu individu yang hidup bersama pesakit ADHD bagi mengatasi tekanan hidup dan bagi individu dengan ADHD belajar apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu. Kaunseling seperti itu dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan menyelesaikan masalah

Baca juga: Beza Panjang Zak** Abang Semasa Ereksi, Kenali Fenomena ‘Grower & Shower’!

Sumber: Doctor On Call

FT Image: fwsstudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×