Sihat

3 Risiko Cabut Gigi Bila Tekanan Darah Terlalu Tinggi, Nyawa Boleh Terancam!

12
SHARES
risiko cabut gigi

Tahukah anda individu yang mempunyai tekanan darah terlalu tinggi boleh berhadapan komplikasi yang mengancam nyawa ketika mencabut gigi. Antara risiko cabut gigi dalam keadaan kesihatan yang sebegitu adalah serangan jantung.

Ini menurut pengamal perubatan pergigian, Dr. Mohd Khairul Izwan. Maka, amatlah penting untuk seseorang itu mengambil bacaan tekanan darah sebelum rawatan cabutan gigi, yang juga merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi hampir keseluruhan klinik pergigian.

Baca juga: 5 Panduan Senaman Bulan Puasa Buat ‘Kaki Senam’, Disarankan Jurulatih Kecergasan Popular!

RISIKO CABUT GIGI PESAKIT DARAH TINGGI

risiko cabut gigi

Gambar: Mohd Khairul Izwan

Tahukah anda, tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan berlakunya komplikasi yang mengancam nyawa ketika cabutan gigi dilakukan?

Antara komplikasi yang boleh terjadi akibat daripada cabutan gigi dalam keadaan tekanan darah yang tinggi adalah:

Baca juga: Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

risiko cabut gigi

Gambar: Mohd Khairul Izwan

1. Risiko pendarahan yang banyak dan tidak berhenti

Risiko pendarahan yang banyak dan tidak berhenti di kawasan cabutan gigi. Keadaan ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan seseorang mengalami kehilangan darah yang banyak dan akhirnya boleh menjurus kepada kematian jika rawatan susulan tidak diberikan.

2. Risiko serangan jantung

Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan terjadinya serangan jantung, di mana jantung boleh berhenti secara tiba-tiba. Keadaan ini adalah sangat berbahaya kerana degupan jantung yang terhenti boleh mengancam nyawa pesakit disebabkan aliran darah ke seluruh badan termasuk organ-organ penting terhenti.

3. Risiko serangan angin ahmar ataupun “stroke”

Risiko serangan angin ahmar ataupun “stroke” akibat pecahnya saluran darah di bahagian otak kerana tekanan darah yang terlalu tinggi. Salur darah yang pecah boleh menyebabkan aliran darah ke otak mengalami gangguan atau terhenti.

Keadaan ini boleh mengakibatkan sel otak mati dan mendedahkan pesakit kepada risiko terjadinya lumpuh anggota badan.

Baca juga: Penyakit PSORIASIS Beza Dengan Ekzema, Sel Kulit Baru Lebih Cepat Terhasil Dari Orang Biasa!

Baca juga: Ubat Gigi Kanak-Kanak Jangan Main Beli, Ikuti Panduan Dari Doktor Gigi!

SOP sebelum rawatan cabutan gigi

tekanan darah tinggi

Gambar: Mohd Khairul Izwan

Mengambil bacaan tekanan darah sebelum rawatan cabutan gigi adalah prosedur operasi standard (SOP) bagi hampir keseluruhan klinik pergigian untuk memastikan tekanan darah pesakit berada pada tahap yang optimum.

Ini penting bagi mengelakkan risiko-risiko yang disebutkan di atas daripada berlaku.

Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 mmHg.

Baca juga: Dr. Pesan Pesakit EKZEMA Kena Kerap Sapu ‘Moisturizer’ Berbanding Krim Steroid, Sebabnya…

Bolehkah pesakit mempunyai masalah darah tinggi untuk mencabut gigi?

Jawapannya sudah pasti boleh. Namun anda haruslah:

  1. Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor perubatan anda mengikut aturan yang telah ditetapkan untuk menstabilkan tekanan darah anda. Lebih baik lagi jika anda bawa sekali ubat-ubatan tersebut ke klinik gigi ketika mendapatkan rawatan supaya doktor gigi tahu apa jenis ubat yang anda ambil.
  2. Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat termasuk pemakanan serta senaman secara rutin bagi memastikan tekanan darah anda sentiasa stabil.
  3. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup sebelum mendapatkan rawatan pergigian di klinik gigi. Tidur atau rehat yang tidak mencukupi juga boleh meningkatkan tekanan darah anda.
  4. Kekal tenang sepanjang berada di klinik gigi. Rasa takut yang keterlaluan dan gemuruh juga sedikit sebanyak boleh mempengaruhi bacaan tekanan darah anda.
  5. Paling penting, jangan sesekali menyembunyikan masalah kesihatan anda ketika mendapatkan rawatan di klinik gigi supaya anda tidak terdedah kepada sebarang komplikasi selepas cabutan gigi. Jujur kepada diri sendiri dan kepada petugas kesihatan yang merawat anda.

Semoga bermanfaat! Kredit foto: Google

Dr Mohd Khairul Izwan, suka berkongsi.

Baca juga: 3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

Sumber: Mohd Khairul Izwan

FT Image:Mohd Khairul Izwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×