40 Minggu

Risau Ada Darah Tinggi Semasa Hamil, Cuba 6 Cara Ini Di Rumah, Mujarab!

11
SHARES
tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi dalam kalangan ibu hamil merupakan satu situasi yang kerap terjadi. Namun, ia juga merupakan salah satu kebimbangan ibu hamil setiap kali melakukan pemeriksaan bulanan. Ini kerana tekanan darah tinggi yang teruk boleh menyebabkan komplikasi kesihatan kepada mereka.

Justeru itu, ibu hamil perlu mematuhi preskripsi ubat yang telah disediakan oleh doktor untuk menurunkan tekanan darah mereka. Selain itu, ada juga cara alami yang boleh ibu hamil amalkan di rumah untuk mengawal tekanan darah mereka. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai cara alami menstabilkan tekanan darah tinggi ibu hamil!

Baca juga: Take Note Ibu Hamil, Berpada-Pada Nak Makan Hati Lembu & Organ Lain, Ini Sebabnya!

6 CARA ALAMI STABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI IBU HAMIL

1. Belimbing dan epal hijau

Ibu hamil perlu mengambil jus segar campuran belimbing dan epal hijau ketika waktu pagi dan malam.

2. Delima

tekanan darah tinggi

Untuk pengetahuan anda, jus ekstrak delima berupaya menurunkan tekanan darah individu. Ibu hamil boleh mengambil jus ini dalam kuantiti yang kecil.

3. Batang saderi

Selain itu, batang saderi juga boleh menurunkan tekanan darah ibu hamil. Ibu hamil boleh menjadikannya sebagai snek ataupun ulam! Boleh juga kisar empat batang saderi bersama sebiji epal hijau untuk dijadikan jus minuman bagi ibu hamil.

4. Madu

tekanan darah tinggi

Seperti umum tahu, madu mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan individu. Madu mengandungi kesan melenturkan pembuluh darah dan menolong mengurangkan tekanan darah dari jantung. Oleh itu, ibu hamil perlu minum satu atau dua sudu makan semasa perut dalam keadaan kosong. Namun begitu, jika ibu hamil mempunyai diabetes, elakkan petua ini!

5. Air kelapa

Ibu hamil juga boleh cuba minum air kelapa dalam kuantiti sederhana iaitu satu hingga dua gelas setiap hari. Ini kerana air kelapa bertindak meredakan tekanan darah tinggi. Namun pesanan buat ibu hamil pada trimester pertama, jangan minum air kelapa untuk mengelakkan keguguran!

6. Amalkan al-Quran

tekanan darah tinggi

Cara alami terakhir adalah khusus untuk ibu hamil yang beragama Islam. Ibu hamil boleh amalkan membaca al-Quran setiap hari untuk mengurangkan tekanan darah anda. Jika anda mempunyai waktu lapang, dengarlah alunan bacaan ayat al-Quran menggunakan telefon pintar atau boleh juga ketika bekerja dan memandu!

Ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi boleh cuba tips alami di atas, semuanya boleh dilakukan di rumah je. Cara ini pasti selamat memandangkan ia tidak melibatkan sebarang bahan kimia mahupun pengambilan dadah. Selamat Mencuba!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×